• Forum searching, newly uploaded avatar and existing gif avatar currently not working properly. We are working on it.

Budak 11 tahun dibunuh kejam, Dendam dan marah pada keluarga dipercayai sebagai punca

Recommended Brokers


Latest Threads

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Berita Harian

Polis Pahang menafikan penularan berita tidak berasas bahawa terdapat organ badan mayat Siti Masyitah Ibrahim yang hilang kononnya dikaitkan dengan aktiviti penjualan organ manusia - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan

Tidak menolak kemungkinan, keadaan mayat tidak sempurna boleh diakibatkan oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam tempoh masa yang panjang. - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan

Laporan bedah siasat terhadap mayat Siti Masyitah Ibrahim menunjukkan punca kematian disebabkan akibat kecederaan di kepala dan jangka masa kematian antara 7 hingga 14 hari - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan

Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala. - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Dendam, marah keluarga punca Siti Masitah dibunuh


NENEK saudara mangsa, Zaharah Ismail, 53, serta adik mangsa, Mohd Khairi Tarmizi Ibrahim tidak menahan sebak selepas kejadian menimpa Siti Masitah yang mayatnya ditemui dengan keadaan tragis di ladang kelapa sawit, Tanjung Medang Hilir, Pekan.

DENDAM dan marah kepada keluarga dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Othman Nanyan, berkata siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada 30 Januari lalu iaitu hari sama dilaporkan hilang oleh ibunya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Beliau berkata, susulan laporan polis diterima pihaknya, suspek lelaki warga Kemboja berusia 23 tahun ditahan pada jam 2 pagi 31 Januari lalu di sekitar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunakan kayu dan polis sudah merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek.

“Suspek adalah kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung dengan keluarga Siti Masitah.

“Hasil soal-siasat, pada awalnya mendapati lelaki terbabit tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mangsa, namun soal siasat lanjut akhirnya mendedahkan pembabitannya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan parah pada kepalanya.

“Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala.

“Punca kematian adalah disebabkan ‘Probable Head Injury’. Bedah siasat mendedahkan jantina mangsa ada perempuan,” katanya.

Othman berkata, ketika mayat ditemui kelmarin, ia dalam keadaan tertiarap dan hampir reput serta tangan dalam keadaan diikat dari belakang.

“Kami percaya mangsa sudah mati dalam tempoh lebih tujuh hari.

“Kami masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat Siti Masitah,” katanya.

Beliau berkata, supek kini direman tujuh hari sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Othman turut menafikan, penularan berita yang mengaitkan kematian mangsa dengan sindiket penjualan organ manusia dan tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna ditemui disebabkan haiwan liar.

Semalam media melaporkan, mayat Siti Masitah ditemui orang ramai pada 4 petang kelmarin di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, yang juga warga Kemboja kemudian membuat laporan polis pada 11 malam hari mangsa dilaporkan hilang sebelum membawa kepada penahanan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek ditahan susulan dakwaan penduduk kampung yang melihat kelibat Siti Masitah menaiki motosikal dengan suspek sebelum lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/421946/dendam-marah-keluarga-punca-siti-masitah-dibunuh
 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,368
Reaction score
420
Points
83
xkan laa binatang buas makan kepala dan organ je??
biasa diorg makan daging..
polis pun ada ckp benda y sama.
biawak dan anjing mkn organ dalaman.
kepala mgkin da d bawa ke lain org binatang.
mayat da berhari2, bila bau bangkai, mudah je binatang tertarik.
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,265
Reaction score
106
Points
63
macam mana warga kemboja boleh bertapak kat Malysia?

di banting dengan sungai buloh ni ada komuniti diorangkan?
selalu ye jadi peniaga..

off topik jap..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Ibu Siti Masitah merayu, melutut depan suspek


NORASIAH (kiri) berrsama datuk mangsa, Abdul Manan Ahmad, 54, meninjau tempat kejadian mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal.

IBU kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, Sabtu lalu, Siti Masitah Ibrahim, 11, bertindak melutut dan merayu kepada suspek supaya memulangkan semula anaknya.

Perkara itu diceritakan semula ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, selepas suspek ditahan penduduk kampung pada malam 30 Januari lalu.

Katanya, ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, merayu kepada suspek yang dikenali sebagai Assom itu untuk memberitahu di mana Siti Masitah berada memandangkan dia adalah individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu.

“Sambil menangis Kak Long meminta Assom memulangkan Masitah, malah dia terus berlutut dan merayu kepada suspek, namun suspek berkeras dengan mengatakan dia tidak tahu.

“Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini namun difahamkan sudah berpindah dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Pekan, hari ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 23 tahun itu adalah individu terakhir dilihat membawa mangsa menaiki motosikal pada hari dia dilaporkan hilang.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya manakala beberapa organ dalamannya hilang.

Norasiah berkata, dia hairan bagaimana Siti Masitah boleh mengikut suspek sedangkan anak ketiga dari empat beradik itu bukan seorang yang mudah mesra dengan orang.

“Walaupun suspek biasa datang dan bermalam di rumah mangsa, namun Masitah tidak begitu rapat dengannya, sebab itu saya hairan bagaimana dia boleh mengikuti lelaki itu.

“Setahu saya sebelum kehilangannya Masitah memberitahu ibunya mahu ke kedai runcit untuk membeli mi segera, jarak kedai runcit itu hanyalah kira-kira 200 meter dari rumahnya..saya tidak tahu di mana Masitah berjumpa lelaki itu," katanya.

Norasiah berkata, keluarga mangsa melayan suspek dengan baik dan sering memberinya makan apabila datang ke rumah mereka di Kampung Kemahang, Tanjung Medang.

Katanya, walaupun sudah berpindah ke Kampung Parit Tengah sejak dua tahun lalu namun suspek selalu singgah ke rumah keluarga mangsa.

“Kak Long selalu menjamunya makanan apabila berkunjung ke rumah, kami pun hairan mengapa dia bertindak kejam sebegitu rupa dan melupakan layanan baik diberikan keluarga Kak Long kepadanya.

“Kejadian ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/421951/ibu-siti-masitah-merayu-berlutut-depan-suspek
 

mrvx

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
9,324
Reaction score
388
Points
0
Dendam apa tidak diceritakan...pelik?
 

Skuter

Active Member
Joined
Dec 1, 2016
Messages
1,005
Reaction score
57
Points
0
Difahamkan, suspek yang berusia 23 tahun itu adalah individu terakhir dilihat membawa mangsa menaiki motosikal pada hari dia dilaporkan hilang.


Sapa yg lihat saspek naik moto dgn mangsa?. Jgn sampai teraniaya org yg tak bersalah. Kalau betoi pembunuhnya cuma hukuman mati paling layak.

Pemimpin jenih apa bingggai bota purut yg memansuhkan hukuman mati.

Bunuh org, masuk dlm mkn free. Bercambah la pembunuh
 

terompah

Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
1,125
Reaction score
131
Points
0
Ilmu hitam apa yg kena makan organ ni.. Contoh..
Ngeri betul..
Organ2 Ayam ke lembu ke pon xlalu nak mkn.. Ni plak organ orang. Aiyo..
Pernah tgk dokumentari black magic kt thailand..nk termuntah bila tgk dorang tangkap dan makan organ ayam hidup..dia korek je organ organ tu guna tgn..tekiok kiok ayam tuh..siap hirup darah lg..hu hu..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Rakan nampak Masitah naik motor bersama suspek


Lokasi kejadian kanak-kanak berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim (kiri) yang ditemui dengan keadaan tragis di ladang kelapa sawit, Tanjung Medang Hilir. Gambar kanan; Guru Fardu Ain, Mohd Salleh Ibrahim, 29. - Foto Muhd Asyraf Sawal

PEKAN: Kanak-kanak berusia 11 tahun yang dibunuh dengan kejam, Siti Masitah Ibrahim adalah seorang murid baik dan patuh pada arahan sepanjang pembelajarannya di Madrasah Islamiah, Kampung Kemahang, Tanjung Medang, dekat sini.

Guru Fardu Ain di madrasah itu, Mohd Salleh Ibrahim, 29, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar dan tidak pernah ponteng sekolah.

“Siti Masitah selalu sampai ke kelas lebih awal dan mendengar kata kerana dia seorang murid yang baik.

“Kami sedih mendengar kejadian menimpa Siti Masitah dan berharap keadilan dapat ditegakkan,” katanya ketika ditemui di Madrasah Islamiah dekat sini, hari ini.

Mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya, manakala beberapa organ dalamannya hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan, dalam kenyataan medianya berkata, laporan bedah siasat terhadap mayat Siti Masitah Ibrahim di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pagi tadi menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di kepala (probable head injury).

Katanya, terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala dan jangka masa kematian mangsa adalah antara tujuh hingga 14 hari.

Sementara itu, rakan Siti Masitah, Riduan Ibrahim, 12, berkata dia ada melihat mangsa menaiki motosikal yang ditunggang dengan laju oleh suspek lelaki berusia 23 tahun kira-kira jam 5.30 petang, 30 Januari lalu melalui jalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Medang.

“Kami berada di sekolah kerana ada latihan bola tampar dan terserempak dengan kedua-duanya menaiki motosikal ditunggang lelaki itu dengan laju, Siti Masitah memakai baju berwarna biru serta ungu.

“Siti Masitah sempat melambai kepada kami, tidak pula kelihatan yang menunjukkannya seolah-olah ketakutan... wajah lelaki berkenaannya tidak kelihatan kerana menggunakan topi keledar yang menutup mukanya,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/529752/siti-masitah-murid-baik-patuh-arahan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Keluarga layan baik suspek



PEKAN: Diberi susu tetapi dibalas tuba. Itu perumpamaan tepat terhadap suspek yang dipercayai membunuh Siti Masitah Ibrahim yang mayatnya ditemui dalam keadaan ngeri di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, Sabtu lalu.


Difahamkan, keluarga mangsa mengenali suspek berusia 23 tahun dikenali sebagai ‘Assom’ dan melayannya dengan baik, terutama ibu Siti Masitah, Solihah Abdullah, 35, yang sering memberinya makan apabila datang ke rumah mereka di Kampung Kemahang, Tanjung Medang, dekat sini.

Ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, berkata suspek sering datang ke kampung itu walaupun sudah berpindah ke Kampung Parit Tengah sejak dua tahun lalu dan selalu singgah ke rumah keluarga mangsa.

“Solihah selalu menjamunya makanan apabila berkunjung ke rumah. Kami hairan mengapa dia bertindak kejam sebegitu rupa dan melupakan layanan baik diberikan keluarga Solihah kepadanya.

“Kejadian ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah,” katanya ketika ditemui di rumah Siti Masitah, dekat sini, hari ini.

Solihah dan suami, Ibrahim Ali, 39 yang juga warga Kemboja sudah tinggal di kampung berkenaan lebih 30 tahun lalu, dan mereka mempunyai empat anak dengan mangsa adalah anak ketiga. Ibrahim hanya kerja kampung manakala Solihah adalah suri rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan dalam kenyataan media hari ini mengesahkan suspek mengaku memukul Siti Masitah menggunakan kayu sehingga menyebabkannya mati disebabkan kecederaan parah pada kepala.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/529754/keluarga-kenal-suspek-bunuh-siti-masitah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register