BTC USD 94,173.3 Gold USD 2,688.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buaya tembaga 200 kg masuk perangkap di Sungai Malim

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,769
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,769
Reaction score
1,292
Points
201
Buaya tembaga 200 kg masuk perangkap di Sungai Malim


MELAKA: Seekor buaya tembaga sepanjang 3.35 meter ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Sungai Malim, Malim Jaya, dekat sini, hari ini.

Buaya dianggarkan seberat 200 kilogram (kg) itu ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang di sungai berkenaan susulan aduan penternak kambing dan penduduk mengenai ternakan mereka dibaham reptilia berkenaan sebelum ini.

Timbalan Pengarah PERHILITAN Melaka, Alfiesyahril Anewar Ahmad berkata, perangkap berkenaan dipasang sejak bulan lalu dan dialihkan ke beberapa lokasi di Sungai Ayer Salak, Kampung Tengah dekat Pulau Gadong, Klebang kerana tidak mengena.

"Kemungkinan ia (buaya) masuk perangkap awal pagi tadi sebab ketika pemeriksaan petang semalam, perangkap kosong.

"Perangkap ini dialihkan ke lokasi di Sungai Malim bulan lalu apabila umpan lama tidak bersentuh dan apabila anggota kita buat periksa kira-kira jam 10 pagi tadi didapati ada seekor buaya tembaga.

"Buaya ini antara yang kita syak membaham beberapa ekor kambing milik penduduk tempatan kerana terdapat banyak buaya di sungai ini," katanya kepada media di sini.

Mengulas lanjut, Alfiesyahril Anewar berkata, berdasarkan aduan penduduk buaya yang menyambar kambing mereka bersaiz lebih besar dan warna yang berlainan.

"Buaya berkenaan antara sasaran kita yang masih bebas dan lebih besar daripada buaya yang ditangkap ini.

"Sungai Malim ini terus mengalir di Kampung Tengah dan mempunyai banyak sumber makanan dan menjadi habitat buaya. Bila kita alih perangkap ke sini baru mengena," katanya sambil memberitahu pihaknya akan terus melakukan pemantauan sementara menunggu perangkap dibaiki semula.

Sementara itu, penternak, Muhammad Hafiz Haiqal Abdullah, 28, berasa lega biarpun buaya didakwa membaham kambingnya belum ditangkap dan berterima kasih kepada PERHILITAN dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang membantu termasuk membelikan umpan.

"Sekurang-kurangnya penangkapan ini mengurangkan bilangan buaya yang menyasarkan ternakan penduduk," katanya.

#beritaharian

6336661905636179541_121.jpg

 
Sponsored Post

kejamnya tarik jerut tali kat leher buaya tu .. mesti buaya tu tak boleh bernapas dan sakit kat leher ..

sebenarnya ada cara nk angkat binatang .. pegang(cekup) kat atas leher binatang tu dan angkat ...cara ni rasa lagi buatkan binatang lebih rilekss ..
 
kejamnya tarik jerut tali kat leher buaya tu .. mesti buaya tu tak boleh bernapas dan sakit kat leher ..

sebenarnya ada cara nk angkat binatang .. pegang(cekup) kat atas leher binatang tu dan angkat ...cara ni rasa lagi buatkan binatang lebih rilekss ..
dorg tak cukup latihan tu. mintak abang tunjuk demo dulu...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register