BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buaya Sarawak 'tidak kejam'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUCHING - Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan menjalankan kajian mengenai tingkah laku populasi buaya di Sarawak bagi mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap haiwan yang dianggap sebagai pembunuh manusia yang kejam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Datuk Len Talif Salleh berkata, selain memperbetulkan tanggapan negatif itu, kajian itu juga bertujuan memastikan haiwan tersebut tidak pupus.

"SFC juga bercadang menjalankan kajian serupa dengan spesies haiwan yang dilindungi seperti monyet Belanda dan beruang madu," katanya selepas majlis penutupan Projek Ikan Lumba-Lumba Sarawak oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan di sini semalam. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register