BTC USD 17,144.3 Gold USD 1,798.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buat macam parkir sendiri!

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41

Buat macam parkir sendiri!​


Oleh Nur Izzati Mohamad
[email protected]
A view of the sea
SIKAP pentingkan diri sendiri sesetengah penduduk meletakkan pelbagai barangan di tapak parkir pangsapuri mengundang masalah kepada penghuni lain. FOTO DANIAL SAAD

Bukit Mertajam: Meletakkan pelbagai objek antaranya kon, kerusi, pasu bunga, penyidai baju dan tong sampah di kawasan parkir tanpa memikirkan perbuatan itu sebenarnya menyalahi undang-undang.

Itu situasi 'cop' parkir yang dapat dilihat ketika tinjauan diadakan di beberapa pangsapuri sekitar Bandar Perda di sini hingga rata-rata penduduk yang ditemui muak untuk mengajukan permasalahan berkenaan berikutan tiada penyelesaian yang dapat diambil sehingga hari ini.

Lebih buruk, apabila ada penduduk berang selepas menerima teguran dengan melakukan perkara di luar jangka yang akhirnya menyebabkan masalah itu sukar ditangani bahkan menjadi semakin tidak terkawal.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Mizi, 30-an berkata, sebagai individu yang baharu menyewa di sebuah pangsapuri di sini, dia lebih rela meletakkan kenderaan jauh dari kediamannya kerana tidak mahu timbul persengketaan antara jiran sekelilingnya.

"Budaya 'cop' parkir ini kebanyakannya dilakukan oleh penduduk asal yang sudah lama tinggal di pangsapuri ini dan mereka tidak mahu letak kenderaan jauh dari kediaman mereka.

"Jadi, mulalah letak macam-macam objek untuk halang kenderaan lain masuk yang sebenarnya bagi saya amat menjengkelkan, tetapi apa boleh buat kerana tidak mahu bergaduh maka terpaksa pejam mata sahaja.


"Selalunya penduduk yang baharu terpaksa akur dengan keadaan seperti ini walaupun kami rasa tidak sepatutnya memandangkan kami juga bayar kos penyelenggaraan sama seperti penduduk asal," katanya.

Jelasnya, pihak perbadanan pengurusan (MC) juga sudah beberapa kali mengambil tindakan dengan memberikan surat dan notis.

Bahkan tindakan mengangkat semua objek yang diletakkan di kawasan parkir juga dilakukan namun segelintir penduduk tetap berdegil.

"Saya dimaklumkan ada juga yang pernah bertindak di luar jangka dengan memecahkan cermin kereta dan memancitkan tayar kereta salah seorang pihak pengurusan di sini kerana berang mengangkat keluar objek yang mereka (penduduk) letak.

"Mereka (MC) memang bekerja dan maklumkan 'cop' parkir ini adalah satu kesalahan, tetapi entahlah mungkin sebab 'besar kepala' jadi ada yang buat endah tidak endah, akibatnya masalah ini tidak dapat diselesaikan bahkan terus berleluasa," katanya.

Dalam pada itu, Mizi berkata, tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil dengan segera untuk mengatasi isu berkenaan.

"Saya tahu mungkin sekarang susah untuk menjalankan penguatkuasaan kerana masing-masing hidup berjiran dan beginilah suasana yang perlu ditempuh dalam kehidupan pangsapuri.

"Tetapi jika tidak ada penguatkuasaan lebih tegas sampai bila pun masalah ini sukar untuk diatasi apatah lagi kesalahan ini sudah termaktub dalam undang-undang yang jika dilaksanakan pasti penduduk akan akur," katanya.

>>Ikuti penjelasan perbadanan pengurusan pangsapuri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam Harian Metro esok.

Disiarkan pada: September 26, 2022 @ 7:01am

 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,892
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,892
Reaction score
2,872
Points
266
Awards
1
Apo susah. Pbt dtg korek yo tanah parking tu buek lobang bosar alasan nk psg paip. Letaklah paip melintang panjang dlm lubang tu jgn kambus setahun. Klu 10 lot paking deme cop, korek 10 lot tu ekekeke 😁

Sapo pun xleh paking....biaso tuan rumah bwh dpn lot paking tu lah yg cop paking. Ajar skt bior deme Tau langit tinggi rendah.

Fyi den penah dok flat tkt atas n tkt bawah, Tau sgt prangai parking lot hoarders ni
 

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
5,978
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,978
Reaction score
2,508
Points
211
Awards
1
Dragon control ekonomi, disumbatnya melayu mat kilau ke flat-flat takde tanah.

Pastu melayu mat kilau bergaduh takde parking. hehehehehe
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Rumah teres pun kena mcm ni
Entah sapa" datang parking depan rumah
Semua nak senang
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Dragon control ekonomi, disumbatnya melayu mat kilau ke flat-flat takde tanah.

Pastu melayu mat kilau bergaduh takde parking. hehehehehe

Kibarlah bendera 1/2 tiang
Moga" ada org nak simpati dan hadiahkan rumah teres
he3
 
Last edited:

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
10,606
Joined
Sep 5, 2011
Messages
10,606
Reaction score
1,954
Points
201
Rumah teres pun kena mcm ni
Entah sapa" datang parking depan rumah
Semua nak senang
biasa calling parking ikut suka dia je melintang dpn rumah jiran

kita ni nk parkingopposite rumah jiran pon segan, walau tau itu bukan miilik jiran tu
 

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41
Sikap kurang ajar penduduk dan sikap malas PBT.

maka jadilah benda benda seperti ini.

benda seperti ni jarang sangat berlaku di negara barat.
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,892
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,892
Reaction score
2,872
Points
266
Awards
1
Rumah teres pun kena mcm ni
Entah sapa" datang parking depan rumah
Semua nak senang
Alhamdulillah skg dok umah teres dh 7thn, takdo laie jiran2 buek cmni. Jiran yg bnyk keto sanggup paking jauh skt utk jaga hubungan baik jiran2 sblh. Kecuali klu nk buek kenduri tutup jln jiran2 akan bgtau kurang2 seminggu awal.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
biasa calling parking ikut suka dia je melintang dpn rumah jiran

kita ni nk parkingopposite rumah jiran pon segan, walau tau itu bukan miilik jiran tu

Tambah" depan rumah kita ada pokok.
Mujur dia tak parking depan gate.
Langsung tak boleh keluar.
Yg aku nampak buat mcm ni ni bangsa C
he3
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Alhamdulillah skg dok umah teres dh 7thn, takdo laie jiran2 buek cmni. Jiran yg bnyk keto sanggup paking jauh skt utk jaga hubungan baik jiran2 sblh. Kecuali klu nk buek kenduri tutup jln jiran2 akan bgtau kurang2 seminggu awal.

Alhamdulillah.
Semangat kejiranan yg tinggi.
ya aw-aw
 
Sponsored Post

Top
Log in Register