Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 62,757
Top Poster #5
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 62,757
- Reaction score
- 6,958
- Points
- 916
- Awards
- 1
04.09.2024 - Tindakan penduduk pangsapuri meletakkan kenderaan di parkir Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur mengundang kemarahan para peniaga di premis makanan terbabit baru-baru ini. Menerusi video tular di Facebook sejak Rabu, kelihatan beberapa nota larangan meletakkan kenderaan ditampal pada kereta di kawasan parkir tersebut. Difahamkan, ia berlaku selepas terdapat beberapa pelanggan yang tidak mahu makan di medan selera terbabit kerana sukar mendapatkan parkir.
Kesemua nota itu juga dipercayai ditampal oleh para peniaga di medan selera berkenaan kerana berang terhadap sikap pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab dan menghalang operasi perniagaan mereka. Sehubungan itu, rata-rata warganet juga menggesa pihak berkuasa atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan terbabit.
"Pelanggan nak datang makan sini parkir tak ada. Sebab penduduk flat, pangsapuri parkir kawasan medan selera. Memang marahlah kedai-kedai makan sini. Pelanggan kecewa cari parkir tak ada, terus gerak makan tempat lain," tulis pengguna akaun Kaki Viral MY.
"Ambil tindakan wajar, halang penduduk flat parkir lama-lama kat situ. Kenakan bayaran kompaun sekali," komen Hafisn Nyawa.
Belum ada kenyataan dikeluarkan DBKL berhubung kejadian tersebut setakat ini.