Buat laporan polis palsu tuntut insurans

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
184
Points
33
Foto hiasan


Petaling Jaya: Mahu membuat tuntutan insurans selepas motosikalnya terbabit kemalangan, seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu dengan mendakwa kenderaannya itu hilang.

Perbuatan ejen insurans berusia 31 tahun itu terbongkar selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu membuat laporan pada 4.38 petang semalam dengan mendakwa motosikalnya Honda CBR yang parkir tepi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Tasik Kelana Jaya di sini, hilang.

"Polis kemudiannya memanggil lelaki itu untuk menjalankan siasatan berhubung laporan dibuatnya.

"Hasil siasatan, lelaki itu mengaku terbabit kemalangan maut yang menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan.

"Dia mengaku membuat laporan itu untuk tuntutan insurans," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Nik Ezanee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang kontraktor jalan turut membuat laporan palsu mendakwa diugut pengawal keselamatan sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara.

Menurutnya, dalam kejadian 6.09 petang kelmarin, lelaki berusia 26 tahun itu membuat laporan menerima ugutan jenayah daripada lelaki berusia 44 tahun.

"Dia mendakwa pengawal keselamatan itu meminta bayaran RM18,000 untuk mengesyorkan peluang kerja kepada kontraktor utama. Pengawal itu mengugut akan membakar peralatan kerjanya.

"Hasil soal siasat terhadap pengadu, pengawal keselamatan dan kontraktor utama itu didapati ada keraguan pada laporan dibuat," katanya.

Katanya, polis merampas telefon bimbit dan kad sim milik pengadu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat laporan palsu semata-mata untuk kepentingan peribadi dan pihaknya memandang serius perbuatan itu.


== hmetro
 
Top
Log in Register