Buat laporan palsu elak bayar denda Mykad

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
MELAKA: Gara-gara tidak mahu membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu, sepasang suami isteri berusia 27 tahun sanggup membuat laporan palsu kononnya beg diragut yang menyebabkan kerugian RM3,000 di Kota Syahbandar di sini, 29 November lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad, berkata siasatan awal mendapati insiden ragut yang didakwa berlaku kira-kira 9.30 malam itu sebenarnya dirancang oleh isteri pengadu.

Beliau berkata, dalam laporan polis yang dibuat oleh suaminya, lelaki bekerja sebagai jurujual di kedai telefon bimbit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki berkenaan membuat laporan palsu bagi mengelak dikenakan denda membuat kad pengenalan baharu dan kejadian diragut adalah satu rekaan mereka.

"Beg sandang yang didakwa diragut sebenarnya tercicir dan kedua-dua mereka ditahan ketika memberi keterangan pada 1 Disember lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Afzanizar berkata lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu manakala, isterinya yang bekerja sebagai kerani akaun ditahan di bawah Seksyen 182 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan bersubahat.

Beliau berkata orang ramai diingatkan tidak membuat laporan palsu bagi kepentingan peribadi atau mempermainkan laporan polis yang dibuat kerana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 59 laporan palsu kes ragut atau samun diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dalam tempoh Januari hingga November lalu.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes berjaya diselesaikan dan sudah dituduh di mahkamah.

– BERNAMA

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,717
Reaction score
1,407
Points
201
Ape la masalah dianorg ni.. tercicir ckp je tercicir.. denda berape je.. dari buat report palsu lagi la berat
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
Buat laporan palsu elak bayar denda Mykad

MELAKA - Gara-gara tidak mahu membayar denda untuk memperbaharui Mykad, seorang jurujual kedai telefon bimbit sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diragut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat lelaki berusia 27 tahun itu pada jam 9.30 malam, Ahad lalu yang mendakwa dia diragut di Kota Shahbandar hingga mengalami kerugian kira-kira RM3,000.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah memanggil lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil keterangan yang diperoleh, lelaki itu mendawa kejadian ragut terbabit merupakan satu 'prank' yang dirancang oleh isterinya.

"Kita telah menahan isterinya bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Namun hasil siasatan lanjut mendapati 'prank' tersebut adalah satu rekaan dan lelaki terbabit membuat laporan palsu untuk mengelak daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat MyKad baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 182 kerana membuat laporan polis palsu manakala isterinya diambil tindakan di bawah Seksyen 182/109 Kanun Keseksaan.

Sementara itu katanya, sebanyak 59 laporan polis palsu yang diterima dan telah dituduh di mahkamah bermula Januari hingga November lalu.

"Kita sangat memandang serius perbuatan ini dan orang ramai diingatkan tidak membuat laporan polis palsu," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...yah/Buat-laporan-palsu-elak-bayar-denda-Mykad
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,458
Reaction score
2,444
Points
206
kalau banyak kali hilang mykad kena siasat.
entah2 dia pegi jual dekat sindiket lepastu buat laporan palsu mykad hilang.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,905
Reaction score
696
Points
121
jgn la menipu, nanti org dah tak percaya, di masa depan susah nanti.

baca dan hadamkan balik cerita pengembala kambing yg menipu org kampung pasal ada harimau tu.

menyedihkan.
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,036
Reaction score
492
Points
51
dia munkin ingat polis kita ni bengap ..haha....dlm film mmg la.

Tapi siapa biasa dgn polis tau la.

Polis Malaysia sebenrnya cekap !
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,297
Reaction score
323
Points
46
diorg ingat, buat laporan tu settle kat kaunter je ke..lepas amik salinan dan balik.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register