Buang bayi dalam kotak ditemui di pintu pagar surau

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,919
Reaction score
1,691
Points
151
Bayi dalam kotak ditemui di pintu pagar surau
25bayi_1603604888.jpg
Ketua guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim menunjukkan lokasi bayi (gambar kecil) yang ditemui di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, hari ini. - Foto Amirul Aiman Hamsuddin
TANJONG KARANG: Bayi lelaki diletakkan di dalam kotak berserta sekeping nota tulisan tangan ditemui di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, di sini, hari ini.

Ketua guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim, 38, berkata, beliau menemui bayi itu, jam 7.15 pagi ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.

"Bayi terbabit ditemui di dalam sebuah kotak dan dilengkapi lampin pakai buang, bedak serta tisu basah. Turut ditemui, nota tulisan tangan yang memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi selain berterima kasih kepada individu yang sanggup membesarkannya.

"Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan. Tiba di lokasi, saya perasan ada kotak di pintu pagar utama surau dan menyangka ada orang buang anak kucing.

"Kebetulan, kotak itu ditutup dengan kain berwarna biru. Saya ambil keputusan untuk menyelak kain dan terkejut melihat bayi di dalamnya," katanya hari ini.

Mohd Maidin mendakwa, kemungkinan bayi itu ditinggalkan selepas solat Subuh, pagi tadi

"Kebetulan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sedang berjalan, jadi hanya beberapa jemaah sahaja dibenarkan solat di surau itu.

"Jemaah yang saya temui memaklumkan mereka tidak perasan kotak di pintu surau dan mungkin diletakkan selepas mereka beredar dari surau," katanya.

Beliau berkata, kejadian pertama di kampung berkenaan dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang meninggalkan bayi itu begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu dan akan menyiasat lanjut berkaitannya.
 
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,498
Reaction score
529
Points
71
waduhhh.. knapa x tnya dgn ahli kluarga/jiran trdekat dulu?

nasib bayi tak ada apa2.
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,376
Reaction score
617
Points
81
Mak tu ingat kalau letak macam tu boleh lepas ke, sakit le nanti tu
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
974
Reaction score
455
Points
41
comellllnyaaaa.....Ya Allah...kesiannya.

Sedih mengenang ibu bayi ni juga.

Tapi..kalau dia baik2 minta org lain ambil baby ni pun pasti berebut org nak!
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,547
Reaction score
436
Points
131
kalau dpt tangkap pelakunya,jgn la diapa2kan,jgn la denda atau penjara,tapi bg la bantuan,
kalau luar nikah pun bg la bantuan jgn bagi bebanan,cukup lah dah ramai bayi2 kena buang kat tempat x sepatutnye,bagi aku syukur la bayi tu selamat dibuang kat surau nampak masih ada perikemanusiaan kat situ....
apa salahnya kita pun berperikemanusiaan kat sipelaku,

ye pelaku salah,tau nak sedap je tgwb xnak,dan dia dah dpt akibatnya kehilangan anak,nasibbaik bernyawa....
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,127
Reaction score
116
Points
43
sekurang²nya dia tinggal dalam keadaan baik beserta sedikit kelengkapan, nampak la bukan buang begitu sahaja...
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,409
Reaction score
441
Points
131
kalau baby ni sah..

up kat fb je..ramai yang nak jaga rasanya.

cuma masalah malu je la...
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,498
Reaction score
529
Points
71
xkisah la anak sah taraf atau tak, tapi jgn la letak mcm tu. kesian bayi tak berdosa.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register