akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,691
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,691
- Reaction score
- 6,554
- Points
- 881
- Awards
- 1
Buang bayi belakang rumah sebab takut keluarga tahu
Anggota polis membawa Siti Nabila (kanan) untuk didakwa atas pertuduhan membuang anaknya yang baru berusia sehari di Mahkamah Majistret Machang, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
MACHANG – Seorang penganggur didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumah pusaka keluarga angkatnya di Kampung Sungai Bedal, di sini kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh, Siti Nabila, 22, yang ketika ini masih dalam tempoh berpantang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Amal Razim Alias.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai ibu kepada seorang bayi lelakinya berusia satu hari didakwa meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat hendak membuang bayi tersebut.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Amal Razim bertanya punca yang menyebabkan Siti Nabila meninggalkan bayi tersebut di luar rumah sama ada dia cemas atau takut.
Siti Nabila menjawab dia berbuat demikian kerana takut kelahiran bayi itu diketahui ahli keluarganya.
“Mahkamah mengambil kira keselamatan bayi tersebut yang diambil oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dijaga selepas ditemui dalam keadaan selamat.
“Mahkamah turut berharap tertuduh dapat menjaga bayi berkenaan sebaik mungkin. Awak (Siti Nabila) bernasib baik kerana anak masih lagi hidup ketika ditemui.
“Sekiranya terjadi apa-apa kepada bayi berkenaan, pertuduhan lebih berat akan dikenakan terhadap kamu. Diharap keluarga dapat memberi sokongan untuk menjaga bayi tersebut dan mengambil iktibar,” katanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut, namun tertuduh membayar denda yang ditetapkan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang wanita tergamak membuang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkannya di belakang rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini sebelum melarikan diri ke rumah bapa angkatnya di Tanah Merah dekat sini pada 7 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Seorang penganggur didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumah pusaka keluarga angkatnya di Kampung Sungai Bedal, di sini kira-kira dua minggu lalu.
www.kosmo.com.my