BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BSN perkenal perkhidmatan baharu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Bank Simpanan Nasional (BSN)


BANK Simpanan Nasional (BSN) meneruskan usahanya mendekati masyarakat dengan memperkenal satu perkhidmatan baharu iaitu pembukaan akaun simpanan untuk produk Giro dan Giro-I semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, BSN berkata perkhidmatan baharu itu ditawarkan melalui lebih 5,200 rangkaian Ejen Bank Berdaftar (EB) di seluruh negara.

"Perkhidmatan baharu ini juga disediakan bagi menyokong saranan kerajaan yang menggalakkan bakal penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 mempunyai akaun simpanan.

Langkah ini sejajar dengan hasrat Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan lagi agenda rangkuman kewangan di negara ini dan memastikan segenap lapisan masyarakat mendapat kemudahan kewangan yang berkualiti daripada institusi kewangan, katanya.

Untuk menikmati kemudahan ini, pelanggan hanya perlu hadir di mana-mana premis EB yang berhampiran dengan membawa bersama MyKad bagi tujuan pengesahan biometrik dan amaun simpanan permulaan adalah serendah RM20.

Perkhidmatan membuka akaun simpanan kini ditawarkan di semua EB BSN menggunakan terminal Point-of-Sale dan berhubung terus kepada sistem BSN bagi membenarkan transaksi dilakukan dalam talian secara masa nyata sepenuhnya tanpa memerlukan borang permohonan.

Sehingga Oktober lepas, BSN mempunyai lebih 8.5 juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan runcit berjumlah RM 12.86 bilion. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register