Britain haramkan 'Islam4UK' ikut akta antikeganasan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
LONDON: Britain mengumumkan pengharaman kumpulan Islam yang menimbulkan kemarahan selepas merancang perarakan antiperang menerusi bandar di mana upacara memperingati askar yang terkorban di Afghanistan diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Alan Johnson, berkata kumpulan dikenali 'Islam4UK' akan diharamkan mulai esok mengikut undang-undang antikeganasan dan menjadikan satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun jika menganggotainya.

"Saya hari ini mengeluarkan perintah yang mengharamkan Al Muhajiroun, Islam4UK, dan ahli organisasi sama di bawah nama lain. Ia sudah diharamkan di bawah dua nama lain iaitu Al Ghurabaa dan The Saved Sect," katanya.

Perdana Menteri, Gordon Brown, berkata minggu lalu bahawa beliau "kecewa" dengan rancangan Islam4UK untuk memperingati orang awam Islam yang terbunuh dengan berarak melalui Wootton Bassett di tenggara England.

Ratusan orang biasanya berkumpul di bandar itu yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Lyneham di mana mayat askar British tiba dari Afghanistan, untuk memberi penghormatan terakhir.

Islam4UK berkata Ahad lalu bahawa ia membatalkan rancangan untuk perarakan itu dengan menyatakan ia "berjaya memberi pendedahan kepada masyarkat berhubung penderitaan oran Islam di Afghanistan" tanpa perlu mengadakannya. - Reuters
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,755
Reaction score
1,826
Points
206
takut dengan bayang2 sendiri
 
Sponsored Post
Top
Log in Register