balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA TERENGGANU – Peruntukkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2015 membuktikan kerajaan masih tidak mampu melaksanakan pengurusan ekonomi negara yang berkesan.
Bendahari Pas Terengganu, M Shukrimun Shamsudin berkata, pemberian ‘one-off’ ini bukanlah satu isu kepada rakyat sekiranya kerajaan berjaya memacu pertumbuhan ekonomi secara seimbang termasuk merapatkan jurang ekonomi antara golongan miskin, pertengahan dan kaya yang kian renggang ketika ini.
M Shukrimun berkata, pihaknya tidak mempertikaikan kewajaran pemberian BR1M pada waktu ini namun menjelaskan agihan sedemikian tidak sesekali berbangkit jika kerajaan mengagihkan ekonomi negara secara adil dan menyeluruh.
“Kalau ekonomi tidak menyusahkan rakyat, orang ramai tidak akan berbunyi mengenai BR1M. Oleh sebab jurang ekonomi antara yang miskin dan kaya semakin jauh, BR1M terpaksa dilaksanakan.
“Sedangkan pelaksanaan ini tidak melambangkan ekonomi yang sihat tetapi dalam keadaan sekarang kalau tidak buat akan menyusahkan rakyat.
"Ini menunjukkan kerajaan tidak mampu buat satu sistem ekonomi yang berkesan,” katanya kepada Sinar Harian.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kemampuan fiskal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
Dalam reaksi berbeza, M Shukrimun yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus tidak menganggap agihan BR1M satu pembaziran kerana mampu memberi kelegaan kepada rakyat miskin.
“Saya tidak kata BR1M sebagai satu bentuk pembaziran kerana dia tetap ada manfaatnya. Rakyat sudah tentu suka, semakin tinggi nilai, mereka semakin suka dan BRIM ini diberi kepada yang berpendapatan rendah,” katanya.
Jelasnya, jika kerajaan bercadang untuk menghapuskan BR1M pada masa akan datang, pihak terlibat perlu mengkaji dari pelbagai sudut termasuk memastikan rakyat bebas daripada belenggu ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan.
Katanya, kajian terperinci perlu dilakukan supaya rakyat tidak terbeban dengan pembatalan pengagihan BR1M pada masa akan datang.
Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan gaji minimum dilaksanakan sepenuhnya dalam mengurangkan jurang ekonomi selain menggiatkan usaha ke arah membangkitkan semangat bekerja dalam kalangan rakyat negara ini.
Selain itu katanya, kerajaan perlu memastikan rakyat negara ini turut bersama-sama memainkan peranan dalam sektor perindustrian dan bukannya memberi ruang terlalu luas kepada warga asing.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/br1m-tak-perlu-jika-agihan-adil-1.324053