BTC USD 28,383.3 Gold USD 1,968.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BR1M berjaya jika tiada lagi penerima

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,133
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,133
Reaction score
22,839
Points
1,831
Awards
1
SHAH ALAM – Usaha kerajaan dalam membantu rakyat menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dikelaskan berjaya sekiranya tiada lagi penerima yang layak diberikan bantuan itu pada masa akan datang.

Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, situasi itu menandakan aras kehidupan rakyat sudah meningkat.

Namun, sekiranya bilangan penerima semakin bertambah saban tahun, keadaan itu bukan sesuatu petanda yang baik.

“BR1M dari sudut konsepnya bagus iaitu kerajaan prihatin untuk membantu rakyat. Tapi adakah mekanisme BR1M itu boleh selalu digunakan? Adakah BR1M itu boleh merangsang ekonomi?

“Bagi saya BR1M ini tidak boleh digunakan selalu. Kalau penerima itu bertambah dari semasa ke semasa sedangkan tujuan utama dan hasrat kita bagi memastikan kemiskinan dapat dikurangkan, jadi, apa yang kita nak tunjukkan?

“Adakah kita nak tunjukkan bahawa kerajaan itu lebih prihatin ataupun kita nak tunjukkan bahawa sebenarnya kalau orang yang menerima BR1M itu bertambah, sudah pasti petunjuknya adalah kita gagal untuk memastikan bahawa rakyat semakin lama semakin berpendapatan tinggi,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, tujuan utama BR1M membantu rakyat tidak harus dilupakan dengan fasa-fasa yang tertentu sehingga bilangan penerima bantuan itu berkurangan.

“Jika akhirnya penerima BR1M semakin lama semakin berkurangan, maka ini satu petunjuk bahawa pendapatan rakyat semakin bertambah.

“Kalau boleh lama-kelamaan tidak ada langsung penerima BR1M. Kenapa? Kerana ketika itu, semua rakyat telah pun memiliki pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

“Jadi, itulah tujuan utama kita. Kena ada fasa-fasa. Janganlah setiap tahun pemberian BR1M bertambah yang akhirnya memberikan petunjuk yang silap dalam konteks ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peningkatan kadar BR1M daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata, bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.



http://www.sinarharian.com.my/nasional/br1m-berjaya-jika-tiada-lagi-penerima-1.325244
 
Sponsored Post

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,470
Points
251
Awards
1
kunci jawpan utk menteri, profesor, pensyarah, pakar2, ustaz, ulamak2 yg t0lol ada pada najib...

kalau najib kata buruk semua mangkuk2 diatas akan mencari hujah dan alasan bg menyokong najib yg itu memang buruk sungguhpun ianya baik...

kalau najib kata baik, maka semua mangkuk2 diatas pun akan mencari hujah dan alasan2 utk menyokong perkara tersebut sungguhpun ianya buruk...

jgn layan si mangkok.. sebab mangkok ni kerja dia sokong jer...

tak caya..? cuba tiba2 esok najib umum turunkan minyak.. semua pakat setuju dan lupa statement lepas dimana stuju pengurangan subsidi...

sampah...

ps: tukarkan isu minyak kepada brim
 
Sponsored Post

Top
Log in Register