BPR tutup kes menantu Nik Aziz

CG Sponsors




abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
KOTA BHARU 15 Dis. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menutup siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kuasa oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikannya sebagai pegawai kanan di perbadanan itu.

Pengarah BPR negeri, Mohd. Jaafar Hussen berkata, pihaknya mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dakwaan surat layang terhadapnya adalah tidak berasas.

“Seperti biasa apabila siasatan selesai pihak kita telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan jabatan itu pada bulan lalu telah mengarahkannya ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum majlis penutupan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar di sini hari ini.

Mohd. Jaafar ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Ariff Fahmi yang mula disiasat oleh BPR pada 7 Ogos lalu, setelah pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung salah laku menantu Nik Abdul Aziz itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 31 aduan berhubung perbuatan politik wang sepanjang perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka oleh BPR dan siasatannya kini hampir selesai yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

p/s kesian aku tgk puaka2 umno kelantan yg asyik buat fitnah dan surat layang..hari tu psl Air Kelantan..last2 semuanya x betul...fitnah semata2..cerita2 kedai kopi pun mereka buat laporan BPR..Syabas BPR...secara logiknya BPR ni di bawah Federal Gov..klu kerajaan kelantan ni ada terlibat dgn rasuah dah lama dh BPR ambil tindakan...tp smpai skrg 18 tahun dh xda satu pendakwaan pun dri BPR....melalut lagi la puaka2 umno kelantan lps ni :)):)):))
 
Sponsored Post

panglima_ayam

Active+ Member
Joined
Mar 12, 2008
Messages
4,105
Reaction score
23
Points
25
bpr pun tak pecaya nik aziz nak buat macam tu ,tapi kalau puak umno aku pecaya
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
129
Points
73
bpr pun tak pecaya nik aziz nak buat macam tu ,tapi kalau puak umno aku pecaya
Bukan kira percaya.. tapi siasatan...

Alhamdulillah.... semua selesai... yang benar tetap benar..

nampaknya ada lagi telusnya BPR ni yer ....:">
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
Bukan kira percaya.. tapi siasatan...

Alhamdulillah.... semua selesai... yang benar tetap benar..

nampaknya ada lagi telusnya BPR ni yer ....:">
dlm kes ni aku rasa bpr buat secara profesional ...
tp kalu kes lain aku tatau...:D
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
satu lagi pertolongan dari Allah..alhamdulillah..

BPR pun satu hal...dengan surat layang jer terus siasat..
yang 900 aduan rasmi tentang rasuah UMNO tu takde plak siasat...

baka...
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
129
Points
73
dlm kes ni aku rasa bpr buat secara profesional ...
tp kalu kes lain aku tatau...:D
jangan la perkecilkan keprofesionalan mereka ni... semua kes dilayan sama... ada bukti, kes jalan.. tarak bukti kes sangkut...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register