BTC USD 28,448.7 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BPR perlu segera siasat, peruntukan RM38 juta 'hilang'?

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
BPR perlu segera siasat, peruntukan RM38 juta 'hilang'?
Intan Abdullah
Wed | Nov 19, 08 | 7:42:23 am MYT

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017967&Itemid=85

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar menyiasat peruntukan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan oleh kerajaan pusat berjumlah RM38 juta.

Beliau memberitahu Harakahdaily bahawa terdapat makluman oleh pihak tertentu bahawa hanya 1.6 peratus sahaja daripada keseluruhan peruntukan untuk PBT tersebut diguna berpandukan perancangan yang telah ditetapkan.

"Jadi, ke manakah pergi wang peruntukan yang selebihnya? Pihak BPR perlu menyiasat kedudukan wang tersebut kerana dibimbangi ianya disalahgunakan pihak JPPP seperti menggunakannya bagi tujuan kempen pilihan raya umum Umno Kelantan," katanya ketika ditemui di lobi parlimen abru-baru ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat ke Kelantan hanya diberikan untuk kawasan Parlimen Jeli dan Gua Musang sahaja.

"Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.

"Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.

"Diskriminasi ini telah berlaku sejak PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan dan ianya masih diteruskan dalam suasana katanya Umno ingin merubah sikap dan layanan mereka kepada Kelantan," tegasnya.

Dalam pada itu, isu diskriminasi bangkit lagi pada sesi pengggulungan perbahasan sidang parlimen pada 17 November lalu.

Situasi tersebut berlaku ketika ucapan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib - menyentuh isu pembinaan dan pemulihan jalan-jalan rosak di kawasan luar bandar.

Soalan tambahan mula dibuka kepada Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mengenai pemantauan projek-projek yang dilaksanakan di sesuatu kawasan memandangkan sebarang projek yang hendak dilaksanakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pemimpin Umno-BN di sesuatu kawasan khususnya di Kelantan.

"Malah kami sebagai ahli-ahli parlimen pun tidak diberi maklumat mengenai projek tersebut apatah lagi untuk mendapat peruntukan bagi projek untuk rakyat," tegasnya.

Turut membangkitkan isu yang sama, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) memohon penjelasan mengenai kesediaan menghapuskan amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri pakatan Rakyat.

"Sudikah kerajaan menghapuskan diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dan sekaligus menghapuskan JKKP kerana ianya sudah tidak diperlukan lagi?" soalnya, namun ianya tidak mendapat sebarang jawapan menteri. - mks. _




p/s : kes penyelewengan duit PPRT yang Annuar Musa ni memang dah lama cuba dibangkitkan, dah buat report polis banyak dah, BPR pun sudah...tapi sayang..tiada siasatan dibuat..dan akhirnya UMNO melindungi pemimpin-pemimpin yang rosak akhlak gini...
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
dah kera jaan pusat x nak bagi, cakap je terus terang x nak bagi. xde la jadi isu mcm kat trganu bagi 6 bilion dapat 1 bilion pon x sampai. kan ke senang. x payah susah susah nak tipu belit. hak rakyat dah la di songlap. dah dapat dose ni nak tipu pulak lagi. dapat 1 lagi dose. free2 je dpt dose :))
 

Kurma

Active+ Member
Messages
4,219
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Rakyat sentiasa menunggu dan masih ingat serta memberi penghakiman mereka di atas kes2 tersebut.....rakyat sedang meneliti kes2 yg BPR belum lagi memberi kata putus.......anda digajikan supaya menjaga harta rakyat supaya tidak diselewengkan oleh mana2 pihak....anda memegang amanah....Tuhan sedang memerhati apa yg anda kerjakan...sb di sana rakyat akan bertanya kepada tuhan kenapa anda tidak menjalankan tugas yg diamanah oleh mereka.......jgn pandang ringan....hidup selepas mati...rakyat Malaysia hampir 20 juta lebih...di sana anda akan dituntut oleh setiap org dr jumlah itu....tanyalah tok2 guru yg muktabar tentang amanah kerja dan tanggungjawab dan persoklan yg akan dibangkitkan oleh rakyat semasa di padang masyar kepada org yg di amanah oleh rakyat...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register