BTC USD 84,852.8 Gold USD 3,298.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BPR dipanggil Siasat Kematian Kambing

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Penternak mohon BPR siasat punca kematian kambing
Basiron Abdul Wahab
Fri | Sep 19, 08 | 12:19:19 pm MYT

TEMERLOH, 19 Sept (Hrkh) - Seorang penternak kambing, Rafsani Daud 32, hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersabit punca kematian 60 ekor kambing miliknya yang didakwa mengelirukan.

Dalam laporan makmal vaterina Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) yang diberi kepada penternak menyebutkan, punca kematian kambingnya disebabkan oleh cacing, Oesophagostomum sp (nematod) yang sedikit.

Dalam ulasannya, pihak terbabit menyatakan kononnya cacing boleh menyebabkan tanda-tanda klinikal seperti diarhea, kelemahan dan ketegangan otot dalam ternakan ruminan, ubat cacing mungkin perlu diberi sekiranya ternakan menunjukkan tanda-tanda klinikal.

Laporan JPH itu sangat mengejutkan penternak sebelum itu kerana penternak yakin, kematian kambing-kambingnya berpunca daripada memakan rumput tercemar dengan racun rumpai dan racun tikus di dalam ladang Felda Plantations Jenderak Utara, bukan disebabkan cacing sebagaimana didakwa dalam laporan JPH.

"Kami mempunyai pengalaman sebagai penternak kambing bukan sehari dua tetapi sudah 30 tahun, tidak pernah berlaku kambing mati serentak dalam jumlah yang besar, sebab itu kami yakin punca kematian kambing-kambing ini tidak sebagaimana didakwa dalam laporan JPH tetapi berpunca daripada racun," kata Rafsani ketika ditemui bersama peguamnya di luar pejabat BRP cawangan Pahang, di Temerloh.

Menurutnya, hasil pembedahan yang buat ke atas perut bangkai kambing yang mati oleh kakitangan JPH telah menjumpai sisa makan berupa biji jagong. Ertinya kambing yang mati telah memakan jagong sebelum itu.

Penternak mengesyaki jagong tersebut digaul dengan racun tikus oleh pihak tertentu diladang Plantations.

Difahamkan kerugian yang dialami penternak mencecah RM42,000 berdasarkan harga bagi setiap ekor kambing ialah RM700 dipasaran. Bagaimanapun kambing baka bermutu tinggi dari jenis Boor boleh mancapai harga sehingga RM1,200 seekor.

Penternak berharap BPR dapat menyiasat dan mengenal pasti ketepatan laporan makmal JPH itu, adakah wujud salah laku atau pengubahsuaian punca kematian kambing oleh pihak tertentu. - mns_


Pening BPR
:eek: :eek: :eek:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register