BOXING Terbaik Abad Ini- 2015 : Pacquiao vs Mayweather

Recommended Brokers


Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Pacquiao vs Matthysse di KL Julai ini



LOS ANGELES: Promoter tinju terkenal, Oscar De La Hoya mengesahkan juara dunia welterweight, Lucas Matthysse akan bertarung mempertahankan gelaran apabila melawan petinju Filipina, Manny Pacquiao di Kuala Lumpur, Julai depan.

Bulan lalu, ikon Filipina itu mengumumkan hasratnya bertarung menerusi satu kenyataan namun sejak itu tiada perkembangan lengkap dihebahkan.

De La Hoya hari ini membuat kenyataan menerusi Twitter mengesahkan pertarungan itu bakal menjadi kenyataan.

"Ia sudah dimeterai, disahkan, dan sudah dihantar: Bangga untuk mengumumkan secara rasmi juara dunia welterweight [email protected] akan bertemu @mannypacquiao di Kuala Lumpur, Malaysia pada malam Sabtu 14 Julai."

Bulan lalu Pacquiao, 39, menyatakan pertarungan menentang Matthysse akan berlangsung pada 24 Jun ini.

"Ini pertarungan yang sengit. Matthysse juga pakar pukulan KO. Tapi saya teruja bertarung dan kembali menjadi juara dunia semula," kata Pacquiao.

"Saya bukan pilihan dalam pertarungan itu nanti tetapi saya sudah biasa dengan keadaan seperti itu. Ia membangkitkan motivasi saya untuk berlatih dan bertarung untuk merebut gelaran itu semula," katanya yang sudah mengumpul lapan gelaran dunia menerusi lapan kategori.

Pacquiao tidak bertarung sejak kali terakhir tewas menerusi kiraan mata ketika menentang petinju Australia, Jeff Horn di Brisbane Julai lalu sekali gus menyaksikan dia terlepas gelaran WBO.

Matthysse, yang sudah mencatat 39 kemenangan termasuk 36 menerusi pukulan KO meraih gelaran itu selepas menewaskan petinju Thailand, Teerachai Sithmorseng Januari lalu. - AFP


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/04/406975/pacquiao-matthysse-sah-bertarung-di-kl-julai-depan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Rematch Pacman vs Mayweather?



FLOYD Mayweather akan kembali beraksi di gelanggang tinju tahun ini.


Perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Floyd Sr yang memberitahu Manny Pacquiao “dia boleh mendapatkan” semula Floyd.

Mayweather, 42, bersara daripada pertarungan profesional pada Ogos 2017 selepas menewaskan bintang UFC Conor McGregor dalam pertarungan 10 pusingan.

Bagaimanapun, atlet Amerika Syarikat menyukai wang itu kembali pada Disember lalu pada perlawanan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun, Tenshin Nasukawa dan menewaskan pencabar novis featherweight itu pada pusingan pertama.

Floyd memberitahu lvsportsnetwork anaknya itu akan kembali dalam keadaan lebih kompetitif tahun ini dan memberi gambaran bekas lawannya, Pacquiao dari Filipina sekali lagi akan menjadi pencabarnya.

Mayweather Sr berkata: “Buat masa ini, saya boleh mengatakan semangat melawan Floyd masih membara. Saya bukan suka-suka mengatakannya kerana memang itu caranya.

"Apabila seseorang mengatakan dia akan bersara, dia akan bersara. Tetapi sekarang dia kembali melakukannya dan berlawan hampir setiap bulan.

“Saya tidak tahu sama ada dia berlatih. Saya boleh mengatakan dia sudah kembali ke gimnasium dan memusnahkan beberapa benda.

“Bagaimanapun, saya mengatakannya kerana disebabkan apa yang saya percaya. Apa boleh saya perkatakan, ia akan berlaku.

“Saya yakin dia akan kembali apabila ada pancabar sesuai menjadi lawannya.

“Pacquiao (Pacman) memang lantang jadi dia boleh mendapatkan Floyd untuk berlawan semula.

“Saya ada mendengar mereka bercakap untuk berlawan semula tetapi tidak pasti pertarungan apa mereka maksudkan.

“Apapun, tiada sebarang perbezaan sekiranya perlawanan dengan Pacquiao menjadi atau tidak. Saya rasa ia mengenai kembalinya semula Floyd. Saya tidak tahu siapa lawannya.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/04/439848/pacman-boleh-lawan-mayweather-semula
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Mayweather tak minat lawan semula Pacquiao



LOS ANGELES: Floyd Mayweather tidak akan kembali ke gelanggang tinju untuk mencabar semula Manny Pacquiao selepas pertarungan pada 2015, kata Leonard Ellerbe awal pagi tadi.


Ellerbe yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mayweather Promotions, memberitahu laman web boxingscene.com bahawa Mayweather tidak akan termakan dengan tawaran lumayan untuk kembali ke gelanggang tinju.

Mayweather dipercayai menerima sejumlah AS$300 juta (RM1.23 bilion) selepas mengalahkan Pacquiao, yang kekal sebagai pertarungan paling mahal dalam sejarah dan menjana pulangan lebih daripada AS$600 juta (RM2.46 bilion).

Minggu lalu, jurulatih Pacquiao, Freddie Roach berkata beliau berminat sekiranya ikon Filipina itu mahu mengulangi pertarungan dengan Mayweather selepas kekalahan mengecewakan pada pertarungan pertama.

Bagaimanapun, ketika Mayweather mungkin berada di tepi gelanggang untuk menyaksikan pertarungan gelaran dunia di antara Pacquiao dan Keith Thurman di Las Vegas awal pagi Ahad, Ellerbe berkata pertarungan semula itu tidak mungkin berlaku.

"Dia tidak minat langsung. Dia sudah melakukannya sepanjang hayat dan selepas beberapa lama, dia keletihan. Dia sudah memberikan segala-galanya terhadap sukan ini,” kata Ellerbe.

Menurutnya, Mayweather mahu menikmati tempoh persaraannya dengan tenang.

“Dia menikmati kehidupan terbaiknya. Saya baru saja bercakap dengannya awal hari ini. Dia menjalankan urusan perniagaan. Dia pergi ke mana saja, menghabiskan masa dengan anak-anak dan keluarganya.”

Dalam pada itu, Pacquiao turut menafikan terbabit dalam perjanjian untuk pertarungan dengan Amir Khan di Arab Saudi pada 8 November ini.

Petinju Britain itu kelmarin mendakwa dia akan menentang petinju veteran itu di Riyadh, Arab Saudi.

Khan menewaskan Billy Dib di Arab Saudi minggu lalu untuk menjuarai gelaran Welterweight WBC dan pantas mahukan pertarungan dengan Pacquiao.

Bagaimanapun, petinju veteran Filipina itu agak terkejut ketika ditanya mengenai prospek pertarungan itu.

Paquiao, 40, berkata: “Tidak, saya tak tahu mengenainya, mungkin Manny Pacquiao yang lain,”

Jurucakap Pacquiao, Fred Sternberg pula berkata: “Manny tidak menandatangani apa-apa kontrak. Setahu saya tiada apa-apa dibincangkan,” kata Stenberg.

Pacquiao kini dalam persiapan menentang Keith Thurman iaitu pertarungan ke-71 sepanjang karier profesionalnya yang berlangsung di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas awal pagi Ahad ini. – Agensi


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/07/586444/mayweather-tak-minat-lawan-pacquiao
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Rematch Mayweather-Pacquiao di Tokyo



BINTANG tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather mengumumkan akan bertarung semula dengan seteru lamanya, Manny Pacquiao dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo, Jepun.


Perkara itu dimaklumkan Mayweather, 42 tahun, menerusi sebuah klip yang dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

"Saya Floyd 'Money' Mayweather. Apa yang saya sedang usahakan sekarang ialah (pertarungan) pertunjukan Mayweather vs Pacquiao di sini, Tokyo, Jepun. Nantikan," katanya dalam klip tersebut.

Selain itu, dia turut memuat naik kapsyen yang bertulis, "Pertunjukan Mayweather vs Pacquiao, Tokyo, Jepun.. akan datang."

Namun begitu, tarikh dan masa perlawanan tersebut belum ditentukan kerana dipercayai masih dalam perancangan.

Pacquiao pada Julai lalu telah mencabar Mayweather untuk mengadakan ‘rematch’ (pertarungan ulangan) dengannya jika mahu terus relevan.

Petinju legenda dari Filipina itu membidas kenyataan Mayweather yang dilihat mengkritik perjalanan kariernya.

Mayweather menerusi laman Instagramnya pernah mendakwa karier dan legasi ‘PacMan’ telah dibina atas namanya, dan bukan dari Pacquiao sendiri.

Kedua-dua jaguh itu pernah bertembung pada Mei 2015, di mana pertarungan tersebut berakhir dengan kemenangan oleh Mayweather menerusi ‘unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas 12 pusingan.


 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Pacquiao lebih elok bersara



LOS ANGELES: Promoter tinju veteran, Bob Arum percaya Manny Pacquiao sepatutnya bersara dari sukan itu secepat mungkin melainkan dia setuju bertanding semula melawan Floyd Mayweather.


Arum, yang menjadi promoter Pacquiao ketika zaman kegemilangan petinju Filipina sebelum ini memberitahu laman web Berita Tinju Dunia, bahawa dia mahu menyaksikan pemain berumur 40 tahun itu menggantung sarung tinjunnya tidak lama lagi.

Pacquiao yang memenangi 12 pusingan perlawanan dengan Keith Thurman untuk menjulang kemahkotaan pada Julai lalu, belum menyatakan bilakah pertarungan seterusnya.

Tetapi Arum yakin Pacquiao yang akan berumur 41 pada Disember ini, bimbang dia meletakkan risiko kerosakan berpanjangan jika dia meneruskan kariernya lebih lama.

“Pacuqiao, saya menjadi promoter dia sejak bertahun dahulu,” kata Arum.

“Dia adalah seorang yang sangat baik, rajin membantu dalam kebajikan.

“Tetapi dia (hampir) 41 tahun. Dan jika anda berumur 41 anda tidak boleh terkena kesannya. Anda tidak boleh menerimanya seperti mana pertarungan Thurman.

“Sudah tentu dia boleh bertanding – tetapi dia akan menerima banyak kesan. Kesan yang akan mengganggu bagaimana kehidupannya selepas ini.”

Arum mengakui dia bimbang dengan kerosakan otak yang dialami sebelum pertarungan Pacuqiao bertemu Thurman. – AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register