BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Botol plastik, kaca cemari Pantai Sepat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
sepat_1609131239.jpg


SAMPAH yang ditemui di Pantai Sepat, Kuantan. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Bukan saja botol plastik dan kaca, malah lampin pakai buang turut ditemui di tepi pantai Sepat, di sini.

Tinjauan mendapati pelbagai sampah ditemui di kawasan pantai walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tong sampah.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung mengundang rasa tidak puas hati ketika pelbagai kempen dilakukan untuk memastikan sampah dibuang ke tong sampah.

Pengunjung, Mohamad Firdaus Jamaluddin, 32, dari Gambang, berkata, dia kecewa dengan sikap kurang prihatin segelintir pengunjung yang tidak sensitif berkaitan kebersihan.

"Saya hairan walaupun tong sampah disediakan oleh PBT, masih ada yang tidak mengendahkan yang menyebabkan kawasan pantai dipenuhi sampah.

"Lebih terkilan lampin pakai buang dibuang di tepi pantai selain botol plastik, kaca serta bungkusan plastik makanan ringan," katanya.

Bagi Kamalia Kamal Ahmad, 24, dari Sungai Isap, di sini tidak mengutamakan kebersihan menyebabkan segelintir pengunjung membuang sampah selepas beriadah.

"Pengunjung sepatutnya mengumpul dan membersihkan sampah dan bukannya meninggalkannya yang boleh menjejaskan persekitaran pantai Sepat," katanya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal menasihati semua pengunjung supaya mengutamakan kebersihan.

"Segala sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan untuk memastikan persekitaran pantai bersih daripada sampah," katanya.


 
Takde sivik...
Takde didikan agama...

#simple
 
Back
Top
Log in Register