BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot terbalik, lima peserta dikhuatiri hilang

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,181
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,181
Reaction score
1,248
Points
201
6093592698285047572_121.jpg

6093592698285047574_121.jpg

6093592698285047573_121.jpg


Bot terbalik, lima peserta dikhuatiri hilang

KUCHING: Latihan sempena Regata Sarawak 2024 bertukar tragedi apabila sebuah bot yang membawa 15 peserta terbalik di perairan berdekatan Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, dekat sini petang tadi.

Menurut kenyataan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, lima peserta masih dikhuatiri hilang, sementara 10 lagi berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang, dan pasukan pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Setakat ini, lima mangsa belum ditemukan, dan pihak bomba dengan bantuan polis marin sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan.

Setakat laporan ini ditulis, individu yang hilang telah dikenal pasti berusia lingkungan 22-35 tahun.


Kredit ➡️ Utusan Sarawak

6095844498098733713_121.jpg

6095844498098733715_121.jpg

6095844498098733714_121.jpg

6095844498098733716_121.jpg


Bot bawa peserta regata berlatih karam, identiti lima masih hilang dikenalpasti

KUCHING-- Sebuah bot yang membawa 16 peserta yang menjalani latihan untuk regata karam di sungai berdekatan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.20 petang tadi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya ke lokasi.

"Insiden ini melibat 16 orang peserta yang menggunakan sebuah bot untuk latihan regata.

"Sebelas orang berjaya menyelamatkan diri manakala lima orang masih gagal dijumpai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pihak bomba dan pihak Polis Marin masih berusaha mencari lima mangsa yang belum dijumpai.

Setakat ini lima mangsa yang belum dijumpai adalah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.

Dalam operasi mencari dan menyelamat, Pemangku Pengarah Tiong Ling Hii bersama empat Pasukan Penyelamat melakukan ‘surface searching’ menggunakan bot penyelamat.

Namun, katanya pada jam 7.25 malam
operasi ‘surface serching’ ditangguhkan.


Selain itu, pasukan PPDA turut membuat selaman namum selaman tidak dapat dilakukan kerana arus deras.

Agensi lain yang turut terlibat, PDRM, KKM, APM dan Sarawak Coast Guard.

Kredit ➡️ Sarawak Update
 
Sponsored Post

6098137228950748426_121.jpg

6098137228950748427_121.jpg

6098137228950748428_121.jpg

6098137228950748429_121.jpg

6098137228950748430_121.jpg


Mayat 5 mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini

Kuching: Semua mangsa yang hilang selepas perahu lumba mereka karam pada Jumaat lalu, ditemukan lemas, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kelima-lima mangsa ditemukan terapung di muara Sungai Sarawak, pagi ini.




Lima mangsa terbabit ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.

Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Foreksik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.

Pada kejadian 3.40 petang Jumaat lalu, mereka bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register