hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 7,698
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 7,698
- Reaction score
- 530
- Points
- 121
#Artikel - Bot terbakar, 20 warga Laos diselamatkan nelayan tempatan
MERSING: Sekumpulan 20 kru warga Laos diselamatkan nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka terbakar di Kuala Endau, dekat Pahang malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, dipercayai berpunca kebakaran di bahagian enjin sebelum merebak ke semua bahagian bot.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, semua mangsa diselamatkan bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi itu terlebih dahulu.
Beliau berkata, pihaknya kemudian menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengenai sebuah bot nelayan yang telah terbakar
"Zon Maritim Mersing mengatur gerak bot ronda kelas Perkasa ke lokasi kejadian dan mendapati semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mereka seterusnya dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihaknya belum menerima maklumat mengenai semua usia mangsa, namun mereka mempunyai pengenalan diri yang sah.
Sumber: Berita Harian