BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Pelancong ‘Tersasar’ - Lesen Operasi Agensi Pelancongan Di Gantung Sementara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
04.09.2024 - Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) bertindak menggantung sementara lesen operasi sebuah agensi pelancongan susulan penangkapan warga China dan Malaysia, di Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina pada 1 September lalu. MOTAC menerusi satu kenyataan memaklumkan, penggantungan ini akan kekal sehingga siasatan selesai dan terbukti bahawa agensi tersebut tidak terlibat dalam sebarang aktiviti haram. Menurut laporan awal, penangkapan pelancong oleh pihak berkuasa Filipina terdiri daripada 11 orang warga China dan 4 orang warga Malaysia.

Walau bagaimanapun, selepas pengesahan dari pihak Kementerian Luar Negeri, seramai lapan 8 orang warganegara China dan tiga orang warganegara Malaysia yang telah ditangkap oleh pihak maritim Kerajaan Filipina. Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. alau bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, pihak berkuasa Filipina mendapati bahawa mereka adalah pelancong sah yang mengunjungi kawasan tersebut untuk aktiviti memancing tanpa sebarang niat jenayah. Dalam pada itu, MOTAC turut memberi peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara agar memastikan semua pakej pelancongan dan pengaturan perjalanan mematuhi peraturan undang-undang.

Tindakan mempromosikan pakej pelancongan yang merangkumi lawatan ke dua atau beberapa negara dalam satu hari merupakan satu pelanggaran yang serius. Ia juga merupakan suatu iklan yang mengelirukan dan salah di sisi undang-undang.
1725451952377.png
 
Back
Top
Log in Register