BTC USD 37,412.6 Gold USD 1,797.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bot Gamat bersama Lima Nelayan Vietnam ditahan

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,575
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,575
Reaction score
467
Points
91
π—šπ—”π—šπ—”π—Ÿ π—Ÿπ—’π—Ÿπ—’π—¦ π—žπ—˜ π—¦π—˜π— π—£π—”π——π—”π—‘, 𝗕𝗒𝗧 π—šπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—Ÿπ—œπ— π—” π—‘π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘ π—©π—œπ—˜π—§π—‘π—”π—  π——π—œπ—§π—”π—›π—”π—‘
FB_IMG_1638880220338.jpg
FB_IMG_1638880222251.jpg

π—£π—”π—¦π—œπ—₯ π—£π—¨π—§π—˜π—›, 𝟳 π——π—Άπ˜€π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ – Maritim Malaysia Negeri Kelantan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing yang sedang menangguk gamat di perairan Kelantan semasa melaksanakan Op Khas Kuda Laut, Op Khas Naga Barat dan Op Damai semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, dua aset Maritim Negeri Kelantan iaitu Kapal Maritim (KM) Jujur dan bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan operasi bersama telah mengesan bot nelayan berwarna hijau pada jam 6.50 petang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan pada jarak lebih kurang 8.9 batu nautika daripada sempadan negara Thailand.

Menyedari diekori bot ronda Maritim Malaysia, bot tersebut cuba melarikan diri menuju ke sempadan perairan Thailand. Selepas hampir tiga jam mengejar, bot suspek akhirnya berhenti dan pasukan geledah segera menaiki dan menahan bot tersebut pada 10.40 malam.

Bot nelayan ditahan pada jarak lebih kurang 41.2 batu nautika daripada Muara Tok Bali dan 6 batu nautika daripada sempadan Thailand.

Pemeriksaan mendapati, bot merupakan bot nelayan asing Vietnam dengan lima kru termasuk tekong merupakan warga Vietnam yang berumur antara 17 hingga 34 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Tekong juga gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia. Bot dan kesemua mereka ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (a) iaitu hukuman denda sehingga RM 6 juta kepada tekong dan RM 600 ribu ke atas setiap kru.

Bot dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan. Semua kru telah disahkan negatif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nilai rampasan termasuk bot, gamat lebih kurang 50 kilogram, bahan bakar diesel lebih kurang 1000 liter dan peralatan menangguk gamat dianggarkan berjumlah RM400 ribu.

Sebarang maklumat berkenaan kehadiran bot nelayan asing boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070.

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita
#KeluargaMalaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 

CG Sponsors




Top
Log in Register