Info Bot ditemui terbalik, disyaki milik dua pemancing yang hilang di Kuala Serupai

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
119703572_327061001716142_6250852899303815490_n.jpg
119375822_327061028382806_6648106174231279033_n.jpg


119484570_327061061716136_7745330412685794127_n.jpg


119579159_327061085049467_8057523045786662395_n.jpg


BINTULU, 18 September: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menemui sebuah bot terbalik yang disyaki bot dua pemancing yang hilang di Kuala Serupai,Tatau pada Rabu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan dalam kenyataan hari ini berkata bot itu ditemui pada jarak lebih kurang 11 batu nautika dari Pelantar Temena A.

Bagaimanapun, tiada sebarang penemuan kedua-dua mangsa dilaporkan semasa pencarian setakat ini.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, mangsa Kinminsna Kasim, warga tempatan yang berusia 58 tahun dan Pendi Salim Husim, warga Indonesia keluar memancing sekitar jam 5.30 petang namun gagal pulang ke rumah.

Susulan itu, ahli keluarga mangsa bertindak melaporkan kehilangan kedua-dua mangsa ke Balai Polis Tatau.


== SarawakkuSayang
 
Top
Log in Register