Bos F1 dan kekasihnya dirompak

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KNIGHTSBRIDGE – Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone, 80, ditumbuk dan ditendang empat perompak sehingga dia terjatuh sebelum mereka melarikan barang kemas miliknya dan kekasihnya, Fabiana Flosi, 31 yang dianggarkan bernilai £200,000 (RM987,690), lapor sebuah akhbar semalam.

Antara barangan berharga milik bilionair berkenaan dan teman wanitanya yang dirompak termasuk seutas jam tangan dan beberapa bentuk cincin berlian.

Ecclestone kemudian dirawat di sebuah hospital akibat kecederaan di kepala selepas dia dan Flosi diserang hendap sejurus selepas mereka tiba di luar ibu pejabat F1, di sini, tengah London, kelmarin.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kami masih memburu kumpulan perompak itu,” kata seorang jurucakap polis Metropolitan London.

Ecclestone yang disenaraikan sebagai orang ke-24 terkaya di Britain oleh akhbar The Sunday Times pada tahun lalu dengan anggaran kekayaan mencecah £1.46 bilion (RM7.2 bilion), popular dengan gaya hidupnya yang mewah dan sikapnya yang gemar bertukar-tukar teman wanita.

Dia menceraikan isterinya, Slavica pada tahun lalu dengan wanita tersebut mengambil jet peribadinya yang berharga £36.5 juta (RM180.3 juta).

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Tamara dan Petra, masing berusia 26 tahun dan 21 tahun.

Empat tahun lalu, dua tayar kereta baru Mercedes Benz CLS55 AMG miliknya yang diletakkan di luar rumahnya bernilai £10 juta (RM49.05 juta) di Chelsea Squara dilarikan perompak. – Agensi
 
Sponsored Post

Raykie

Super Active Member
Joined
Sep 24, 2010
Messages
6,899
Reaction score
83
Points
70
Dia menceraikan isterinya, Slavica pada tahun lalu dengan wanita tersebut mengambil jet peribadinya yang berharga £36.5 juta (RM180.3 juta)
Empat tahun lalu, dua tayar kereta baru Mercedes Benz CLS55 AMG miliknya yang diletakkan di luar rumahnya bernilai £10 juta (RM49.05 juta) di Chelsea Squara dilarikan perompak.
seutas jam tangan dan beberapa bentuk cincin berlian yang dianggarkan bernilai £200,000 (RM987,690)
mesti dia pun tak kisah kan. kaya macam tu pun, still tempat no.24 terkaya. fuhh....kaya sungguh.
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Pergh....tayar kereta pun harga mcm tu
Ke harga kereta yang £10 juta tu?
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
keta sponsor beb..x kesah punye :)):)):))
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
insuran die cover...
x perlu simpati...
huhu
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
dh tau kaya xnk pasang bodyguard..kn mendapat..
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
insuran die cover...
x perlu simpati...
huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register