BTC USD 62,971.4 Gold USD 1,802.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonus: Tunggu Bajet 2013, kata KSN

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.

Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,830
Reaction score
1,512
Points
151
Mesti kasi bonus lebih sikit dari tahun lepas, maklumla dah dekat pru nie..
 

Luk2755

Fun Poster
Joined
Jun 12, 2012
Messages
649
Reaction score
3
Points
20
elaun perkhidmatan n elaun rumah pun diharap ada penambahan~
 

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,982
Reaction score
65
Points
40
Kurg skit rumors dr warga cg budgt thn ni yer.. Rumors akudpt elaun rmh naik..hehe
 

[email protected]

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2011
Messages
9,673
Reaction score
142
Points
83
"Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan."

wah...cakap je la...diam tande setuju...
tp...kalau tak payah umum pun xpe...
terus je masuk dalam bank masing2...
org marhaen cam aku jugak perit bile nak g beli ikan/ayam/sayur...mahal bebeno...:mad::mad::mad:

bukan ape...lagi diumum...lg la barang naek...
org bukan gomen...akan cakap..."wah untung la keje gomen"

org gomen plak cakap..."ah kau bonus 3-4bulan xde sape marah...saip ade smpai 24bulan lagi..."

tu sume masing2 punye rezki...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register