BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bonda tidak izin bertanding: Nik Omar

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.jpg

KOTA BHARU - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan beliau tidak akan menyertai Amanah termasuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah yang menjelaskan beliau antara individu yang akan menyertai Amanah dan sedang melakukan perundingan keluarga.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat adalah kerana faktor ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak memberi kebenaran untuk berjuang dalam bidang politik.

Mengakui bahawa kecenderungan untuk berpolitik wujud hasil didikan Allahyarham bapanya, Pengetua Maahad Darul Annuar, Pulau Melaka itu berkata, pandangan ibu mesti menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dalam kehidupannya.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan,

“Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Nik Omar yang tidak memiliki jawatan dalam Pas dikatakan akan menyertai Amanah dan akan bertanding dalam PRU14.

Amanah dikatakan mencalonkan beliau di kerusi Dun Chempaka, iaitu kawasan yang pernah ditandingi Nik Abdul Aziz.

Ketika ditanya adakah beliau mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah dalam masa terdekat, Nik Omar mengakui tidak ada masalah memberi pandangan dengan pimpinan parti itu.

“Saya secara peribadi tidak suka bergaduh, suka berkawan semua orang. Saya tidak ada masalah jumpa dengan semua orang termasuk pimpinan Amanah.

“Mungkin pemikiran saya lain, jadi pandangan dilihat selari dengan apa yang dibawa oleh Amanah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, masih ahli Pas tetapi membawa pandangan berbeza iaitu parti itu tidak boleh berkembang dengan pendekatan yang dilakukan kini.

“Saya masih ahli Pas dan ahli seumur hidup selepas balik dari Mesir. Kalau tanya, saya juga pangkah Pas, tetapi saya melihat untuk menang dalam politik kita mesti dalam gabungan.

“Sekarang ni Pas sendiri. Pas itu kuat, tetapi gabungan itu tidak kuat, itu yang saya tekankan dan Pakatan Harapan memiliki gabungan yang kuat dengan empat parti memiliki kekuatan masing-masing,” katanya.
 
Baguslah patuh kehendak bonda.

Tak kuat.

Sebab banyak kepincangan, kontroversi etc.

Paling sengal bila ada Tun M dalam tu.

Nik Omar jangan lupa cabulnya mulut Tun M caci maki ayahanda anda ATGNA.

Pakatan Harapan memiliki gabungan yang kuat dengan empat parti memiliki kekuatan masing-masing
 
Biar PAS sendiri, biar PAS tak bergabung mana2 asalkan berprinsip. Dulu masa bergabung DAP kurang ajar, sampai bila PAS nak berlembut & mengalah je.

Berprinsip? Hahaha, nak ketawa aku dengar. Prinsip tahi kucing ada lah. Mungkin anda baru mengenali PAS kot.
 
bagus...ini lah yang di katakan berfikiran terbuka....

tak kisah nak di parti mana pun....

ATGNA sendiri pernah menyatakan sepanjang hidupnya untuk menentang UMNO yang dah terbukti jauh terpesong dari pimpinan Islam sebenarnya...dan menyatakan PAS akan bubar jika UMNO sudah insaf....

tetapi skrng UMNO belum insaf lagi...dan PAS masih berterusan untuk melawan UMNO ya....bukan untuk mesra UMNO...
 
Mungkin anda baru mengenali DAP kot

Hahaha, dalam politik ni perlu ada kebijaksanaan. Untuk mengubah ke arah yg lebih baik perlukan kuasa. Kalau nak kuasa perlukan kemenangan dalam PRU. Untuk menang PRU perlu sokongan semua kaum. Sebab tu ada pakatan. Umno pun tak mampu tubuh kerajaan secara seorang, sebab tu dia gabung dgn 13 parti.

Kalau setakat nak duduk sorang2, setakat berceramah je lah terus menerus, lepas tu maki hamun orang dengan melabel2 lawan dengan pelbagai gelaran. Nanti PH dah jadi kerajaan, PAS masih terus berceramah macam biasa. PAS tak kuat pun, tapi perasan kuat. Memanglah mereka dah wujud lama, punya ahli yg ramai hampir sejuta dan jentera yg kuat seperti mereka duk ulang, tapi tak cukup untuk menang PRU.Sebab dalam politik kena kebijaksanaan. Kalau tidak, PAS setakat menang 5 ke 6 kerusi di kelantan dan trengganu je lah.

Tak perlu lah kata PAS tu berprinsip. Kalau PAS tu berprinsip PAS dah jadi orang paling depan sekali menentang dalam isu 1mdb, felda dan mcm2 lagi. Tapi takda pun, dalam parlimen pun senyap.
 
Last edited:
Untuk penyokong Harapan, jika Harapan kalah dalam PRU 14. Hadamkan benda ni..

Jika Harapan kalah PRU14 ini, jangan tuduh PAS masuk lawan 3 penjuru, sedangkan DAP lah yang pertamanya memutuskan hubungan dengan PAS, isytihar bubarkan Pakatan dan tubuhkan Harapan tanpa PAS. ( flash back sekitar 2015-2016)

Jika kalah, jangan tuduh PAS nak berUG dengan UMNO, sedangkan DAP lah parti yang beria2 nak bergabung dengan BN untuk halang PAS tingkatkan martabat syariah di Malaysia dalam kempen Lim Kit Siang Save Malaysia!! Masih anda ingatkah sewaktu PKR bergabung dgn PAS shja, DAP bersendirian. DAP tolak barisan alternatif & beri undi kepada BN kerana PKR bersama PAS. Anti benar DAP kepada Islam & mereka tahu UMNO tidak kuat perjuangkan hukum islam.

Jika kalah, jangan tuduh PAS khianat Pakatan sedangkan DAP yg isytiharkan tiada hubungan politik dengan Presiden PAS dan hanya mahu berkawan dengan parti pemimpin PAS yg lain, sedangkan keputusan PAS menyertai Pakatan bukan atas arahan Presiden tetapi Majlis Syura Ulama. (Malangnya, sebahagian pemimpin PAS menyahut seruan DAP dan keluar PAS tubuh PAN)

Jika Kalah, jangan tuduh PAS terburu2 nak laksanakan hudud menyebabkan Pakatan bermasalah, sedangkan jika DAP memberi laluan kepada PAS, DAP lah yang paling beruntung sekali kerana label anti-Islam akan terhapus sama sekali. DAP hanya perlu memberi penerangan kepada orang2 Cina.

Jika kalah, jangan tuduh PAS tak kenang budi, sedangkan PKR lah yang patut mengenang budi PAS mencalonkan Azmin Ali jadi Menteri Besar gantikan Tan Sri Khalid sedangkan DAP dan PKR sendiri mencalonkan Wan Azizah. & jangan lupa PAS lah yang mengangkat Anwar semasa Anwar dibuang Mahathir dulu.

Jika kalah, jangan tuduh PAS tidak ikhlas sedangkan DAP dan PKR sendiri yang merencana Langkah Kajang tanpa berbincang dengan PAS yang akhirnya terbantut yang juga merupakan PENYEBAB utama Anwar ke Sg Buloh dan menjadi titik perpecahan PAS - DAP - PKR. Langkah Kajang itu juga penuh dengan elemen fitnah ke atas Tan Sri Khalid yg akhirnya menyebabkan Saifudin Nasution memohon maaf.

Jika Kalah jangan tuduh PAS punca perpecahan sedangkan PAS sangat berpuas hati dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan Khalid dijadikan model contoh Menteri Besar Pakatan berwibawa, TANPA DISANGKA Dap dan PKR merencana adegan tikam Khalid dari belakang. (Khalid bukan orang politik, beliau adalah profesional yang bekerja secara efektif )

Jika Kalah, jangan tuduh PAS menjadi punca perpecahan Pakatan sedangkan Rafizi Ramli yang hilang pertimbangan menuduh PAS terima duit rasuah dari PM menggunakan dana 1MDB. Presiden PKR yang lain diam membisu sedangkan PAS banyak menolong PKR semasa PRU 13. Sedangkan Ahli DAP dr Tan sendiri menolak isu 1MDB.
 
PAS banyak menolong PKR? Tu ada betul tapi dari segi jentera pilihanraya je. Perlu akui dan terima hakikat sokongan rakyat pada PKR lebih besar dari PAS. Sebab tu PAS hilang deposit bila lawan PKR di sg acheh pada PRU 13. PRU 14 PAS akan hilang banyak deposit especially di johor, melaka, negeri sembilan dan penang.

Nama Tang seng giaw pun nak dijaja, haha. Mudah je nak dipatahkan. Simple je soalan yg orang boleh tanya, kalau yakin 1mdb tu takda apa2 salah, pasal apa nak OSA kan laporan ketua audit negara? Ni pun tak leh jawap. Patutnya mereka dengan bangga dedahkan laporan tu untuk bukti kerajaan tak salah. PAS pun tak pernah desak kerajaan untuk declassify report tu dari OSA. Yelah dalam parlimen pun senyap, apa nak diharap pada Pas
 
Back
Top
Log in Register