BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh telaga

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,305
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,305
Reaction score
1,019
Points
151

Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh telaga​

Syaherah Mustafa
[email protected]


TELAGA itu sedalam hampir 10 m. FOTO Ihsan Bomba
TELAGA itu sedalam hampir 10 m. FOTO Ihsan Bomba

Rantau Panjang: Wanita berusia 58 tahun dipercayai mengalami kemurungan terjatuh ke dalam telaga sedalam hampir 10 meter (m) sebelum diselamatkan anggota bomba di Kampung Felcra Bukit Tandak di sini, 5.29 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan telefon dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum mendapati mangsa dalam keadaan kedua-dua kakinya bertahan pada gegelung konkrit bagi mengelak terjatuh ke dalam air.

Katanya, seramai tujuh anggota dari BBP terbabit dalam misi menyelamatkan wanita berkenaan.

"Alhamdulillah, mangsa berjaya dibawa keluar pada 6.07 pagi, dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diberi rawatan selanjutnya.


"Mangsa berada dalam keadaan menggigil ketika diselamatkan selain mengaku bahawa dia tidak sedar yang dia turun ke dalam perigi terbabit sehinggalah sampai ke permukaan air. Dia kemudian menjerit meminta tolong sebelum didengari oleh anaknya.

"Berdasarkan maklumat anaknya, mangsa mengalami kemurungan dan perlu sentiasa dipantau," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Shapawi turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang kemurungan atau tekanan supaya sentiasa peka dengan setiap tingkah laku mereka supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Menurutnya, masyarakat juga perlu peka dan ambil tahu nombor telefon agensi keselamatan yang berdekatan supaya tindakan awal dapat diambil jika berlaku insiden kecemasan sebegini.
Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 1:44am
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register