hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 8,987
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 8,987
- Reaction score
- 588
- Points
- 121
Bomba pujuk lelaki cuba terjun jambatan di Sitiawan
MANJUNG: Anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai cuba terjun dari Jambatan Bainun, Sitiawan, di sini hari ini.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.08 malam.
Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan kemudiannya bergegas ke lokasi dan mendapati lelaki tersebut cuba terjun dari jambatan yang berketinggian kira-kira 20 meter.
"Ketua operasi bertindak mengarahkan anggota berinteraksi dengan mangsa dengan memujuknya.
"Seterusnya menarik mangsa ke belakang dengan memeluknya sehingga berjaya dibawa turun dari tembok jambatan, lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 7.28 malam.