BTC USD 38,788.2 Gold USD 1,824.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bom Mortar Ditemui Di Tempat Pelupusan Sampah Tumpat

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Bom Mortar Ditemui Di Tempat Pelupusan Sampah Tumpat

TUMPAT, 10 Nov (Bernama) -- Seorang pekerja mengutip barang-barang terbuang di kawasan pelupusan sampah Majlis Daerah Tumpat (MDT) di sini, menemui empat biji bom mortar dipercayai milik angkatan tentera di dalam sebuah guni plastik yang dibuang di kawasan itu hari ini.

Ketua Daerah Polis Tumpat, Supt Khalid Munap berkata bom mortar itu sepanjang 0.3 meter ditemui oleh Mohd Firdaus Sabri, 19, kira-kira pukul 10 pagi dari guni yang baru dibuang oleh sebuah lori sampah ke kawasan itu.

"Sebaik guni itu tercampak keluar dari lori, lelaki itu terus mendekati dan bila membuka sebuah guni, terkeluar empat biji bom yang masih aktif," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian pada hari Rabu.

Beliau berkata bom dipercayai milik tentera itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Tumpat oleh unit bom polis Kelantan sebelum diletup kira-kira pukul 1.45 petang di kawasan pelupusan sampah itu.

Mohd Firdaus yang ditemui di tempat kejadian berkata telah memaklumkan penemuan itu kepada rakannya sebelum menghubungi polis kerana mengesyaki besi buruk sepanjang 0.3 meter itu adalah bom.

"Saya tidak biasa dengan bom tetapi apabila diberitahu rakan, baru saya sedar besi buruk itu adalah bom," katanya.

Beliau gembira kerana tidak berlaku sebarang perkara tidak dingini dan menganggap sejarah kepadanya yang julung-julung kali melihat senjata merbahaya seperti itu.

Terdapat kira-kira 20 orang bekerja sebagai pencari barang-barang buangan di kawasan itu dan penemuan bom seumpama itu adalah pertama kali berlaku di kawasan itu.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,044
Reaction score
215
Points
83
dah bwk p Ibu Pejabat Polis pastu bawak balik p tmpt pelupusan sampah nak di letupkan kehkehkeh x pasal2 meletup kat tgh jalan
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
xkan le tentera main buang mcm tu jerk
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,833
Reaction score
1,865
Points
201
nampak sangat la kawalan tak ketat .. bom leh lepas mcm tu je .. tak hairan la C4 leh terlepas keluar
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
kalau meletopp masak wehh...bersepaii...
 

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
nie bom yg dah expired nie...
tu yg kena kasi buang dlm tempat pelupusan...
cuma dia silap buang...
patut dlm pelupusan harta kerajaan...
tapi dia buang dlm pelupusan sampah...
:)):)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register