TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Klang: Sebutir bom ditemui di dalam sebuah tong besi bersama longgokan besi buruk di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bukit Raja,di sini, hari ini.
Bom berkenaan ditemui kira-kira jam 9.30 pagi tadi oleh seorang anggota polis bantuan yang menjalankan pemeriksaan ke atas tong berkenaan.
Sumber berkata, bom itu dibawa bersama sejumlah besi buruk dari Amerika Syarikat ke Pulau Carey, Kuala Langat sebelum dibawa ke kilang besi berkenaan untuk diproses.
Katanya, pekerja kilang berkenaan tidak menyedari besi buruk yang dibawa dari Pulau Carey turut mempunyai sebutir bom bersamanya.
"Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah dipanggil ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan bom berkenaan akan dimusnahkan di Permatang Pasir, Banting," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1291#sthash.XWk47PiU.dpuf