BTC USD 55,652.0 Gold USD 1,835.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bolehkah orang UMNO dikategorikan sebagai Orang Islam?

StanNero

Super Active Member
Joined
Mar 12, 2006
Messages
7,442
Reaction score
164
Points
73
Salam,

Kat sini ramai org PAS @ PKR>.saja nak tanya pendapat sebab saya rasa menark plak bila baca artikel dari si pisau nie..ada betulnye jugak...

Persoalan kat sini...

1) Dulu canang UMNO xnak laksanankan hudud, PAS jawab kerajaan PUsat x bagi.. sekarang cakap rakan pakatan tak bagi plak..

2) Kat Mana islamnya parti nie banding UMNO ? kronisme dah ada , Jual arak ? KIlang arak sampai sekrang x tutup.. dulu sebelum dapat selangor siap ugut nak BOM.. Kedai judi kat kelantan sampai sekrang x tutup. :-?

3) Sokong TeohBengHOCk isu anak luaq nikah..ishhh #:-S :)

Tak ke hipokrit namanye tu :-?


4) Nampak sgt PAS tunduk and angguk je..



Bolehkah orang UMNO dikategorikan sebagai Orang Islam?
Contributed by spy_leman on Sunday, April 11 @ 19:03:43 MYT
source http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9427

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Spy sewaktu spy dan beberapa orang sahabat sedang asyik pekena nasik ayam di traffic light Sg Choh,

"Orang UMNO ni bolehkah diterima dan dikategorikan sebagai seorang Islam?".

Terkejut jugak Spy..., apa motif dia ni sebenarnya bila tanya macam tu?

Spy tanya dia balik, "Orang UMNO ni, di mana yang syeikh nampak tak Islam?" Selamba saja dia jawab, "kerana orang UMNO tak ikut apa yang Islam suruh!"
Aduhhh. Hilang selera makan spy macam ni. Kenapa lah mamat ni time makan pun nak bercakap soal politik jugak? Dah tu..., soalan bertaraf ******* pulak tu yang ditanyanya.

Nasib baiklah muka dia ala-ala Po'e yang menjadi artis pujaan spy dulu, kalau tak maunya spy sumbat je dengan tulang ayam ke mulut longkang dia tu.

Spy kata kat hamba Allah ni, "didalam negara ni, siapa yang ikut macam Islam suruh? Contoh yang paling kecil ialah, Islam telah menetapkan hukuman bagi pencuri ialah potong tangan.

Mengapa kerajaan negeri Kelantan yang mengaku Islam itupun masih tak berani nak laksanakan hukuman Islam walau ulama-ulama Pas disitu mengaku mereka merupakan pengamal Islam yang terbaik?".

Nak tau apa yang syeikh ni jawab? Dia kata, "Kerajaan negeri Kelantan tak buat hukuman potong tangan pasal Kerajaan Pusat tak bagi".

MasyaAllah !! Spy terus kata kat dia, "syeikhhhh..., apa kata lepas ni semua orang Pas tambah lagi satu didalam rukun iman iaitu PERCAYA KEPADA KERAJAAN PUSAT ! Ulama-ulama Pas ni takut kepada Allah ataupun takut kepada Kerajaan pusat?"

Sepatutnya, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan hukuman "hudud" yang sebelum ini mereka war-warkan semasa Pilihanraya.

Potong saja tangan orang yang mencuri di Kelantan dan sebat atau rejam sahaja mereka yang berzina di negeri tersebut jika ulama-ulama Pas yang mentadbir Kelantan benar-benar ikut apa yang Islam suruh.

Buat apa nak takut kat Kerajaan Pusat. Siapa lagi besar, Suruhan tuhan atau Kerajaan Pusat? Kerajaan Pusat bukannya boleh tentukan sama ada kita ke syurga ataupun neraka.

Pas di Kelantan sepatutnya tunjukkan kepada negeri-negeri lain bahawa mereka telah berjaya melaksanakan pemerintahan mengikut apa yang Islam suruh. Barulah mereka boleh mengaku bahawa mereka itu lebih Islam dari yang lain.

Kat sini saja sudah nampak bahawa semua manifesto Islam didalam Pas hanya janji-janji politik semata-mata. Semua nya bukan kerana ugama pun. Kalau betul-betul kerana ugama, lama dah dilaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri yang dikuasai Pas."

Hari ni, pusat hiburan di Kelantan tak ada pun yang ditutup. Kedai nombor dan kedai jual arak tetap dibuka macam biasa. Untuk bukan Islam kononnya. Jadi apa bezanya Kerajaan UMNO dan juga kerajaan negeri Pas?

Bahagian rasuah pun sama jugak. Tuan Guru Nik Aziz pi buat Haji langsung tak guna duit poket dia sendiri. Dia sendiri mengaku ditaja oleh tokey-tokey di Kelantan. Tokey balak atau tokey lain, tak tahulah spy tapi rasuah tetap rasuah jugak.

Cuma nak bagi sedap dengar, Tuan Guru ubah sikit panggilan rasuah tu menjadi "TAJAAN". Jadi semuanya sama sajaaa..., tak payahlah nak kata orang lain bukan Islam tulen hanya kerana kita berbeza melalui serban dan janggut.

Kalau dikata orang UMNO suka judi..., orang Pas pun sama sajaa.

Kalau kata orang UMNO suka rasuah..., orang Pas pun 2 kali 5 jugak laa.

Kalau nak kata orang UMNO ada kroni..., orang Pas pun apa kurangnya. Habis dengan anak menantu sekali melingkup sama.

Dulu di Selangor kata Kerajaan UMNO bela kilang arak sampai ada cubaan nak BOM kilang tu. Tapi kenapa sekarang bila Pas dan Pakatan perintah Selangor, tak pula nak tutup kilang arak?

Sebab apa tak tutup? Sebab mahsyukkkk. Rugi baii kalau tak sambung lesen.

Bila Kerajaan UMNO perintah negeri, tuduh UMNO rasuah, judi, maksiat dan macam-macam. Tapi bila Pas perintah, sama sajaaaa baiii.

Di Kelantan, apa yang Pas buat? Di Kedah, di Selangor, di Penang....., lebih kurang laa dengan UMNO.

Bezanya UMNO dengan Pas ialah...., UMNO tak HIPOKRIT..., sedangkan Pas berpura-pura baik dan berimej Islam walhal kebanyakannya perangai lebih kurang sama saja.

Wahhh..., melompat dia sampai terkeluar loghat nogori. Mentang-mentanglah Nogori menang bola semalam. "Ekau ni UMNO ko apo? Nampok rupo eh macam Pas yo tapi marah bona ekau kek Pas ni apo hal jang?"

Sikit je spy jawab kat mamat ni...,"Den ni geng Pas Reform".

Terkedu hamba Allah ni. Confirm lepas ni dia akan benci dengar nama Pas Reform sebab kebanyakan penyokong taksub Pas adalah dari jenis yang tak boleh terima kenyataan.



Laporan Spy Leman dari Pak Din Bistro, Lembah Beringin, Hulu Selangor.
 
Sponsored Post

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Thread yg bagus berkualiti dari TT. Saya pun berpandangan sama macam penulis tu. Secara jujurnya jika ditanya Bolehkah orang UMNO macam saya dikategorikan sebagai Orang Islam? = Jawapannya Boleh sebab patuh dengan rukun Islam 5 perkara dan beriman dengan 6 perkara.

Ya Allah ya tuhanku, janganlah hambamu ini disesatkan oleh PAS dan sekutunya, amin..
 

deqirana

Fun Poster
Joined
Feb 6, 2009
Messages
786
Reaction score
3
Points
15
orang pas atau orang umno sama saja... yang penting beragama islam yang berlandaskan al-quran dan hadis ...islam bukan politik ... suppose words islam orang umno atau islam orang pas tidak timbul...wallahualam..
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
125
Points
123
x berminat baca ulasan dri mykemut..bnyk merapu dlm tu :))

islam ni x terletak pd org mana..org melayu ke..cina ke..india ke...mat salleh ke..klu dia beriman kpd Allah dia org islam ler...islam ini utk semua manusia...
 

faizal_bulat

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 29, 2008
Messages
3,920
Reaction score
164
Points
33
aduhai.. bila politik mengatasi agama..

Islam seseorg tu bukan melalu baju parti yg dipakai..

Udah2la menyemai kebencian pada sesama umat.. Masa untuk bersatu baik dari Umno @ Pas.. Masa untuk berubah..
 

apes

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
1,559
Reaction score
24
Points
25
Jangan kerana politik yang tak seberapa ni, kita sesuka hati melabelkan orang ni islam n bukan islam..Islam seseorang tu bukan terletak pada politiknya tapi pada imannya.. So, tak perlu nak kategorikan orang tak tentu hala.. Tanya kat diri kita sendiri dulu daripada melabelkan orang lain..
 

azmi8888

Active Member
Joined
Oct 17, 2008
Messages
1,267
Reaction score
4
Points
25
x berminat baca ulasan dri mykemut..bnyk merapu dlm tu :))

islam ni x terletak pd org mana..org melayu ke..cina ke..india ke...mat salleh ke..klu dia beriman kpd Allah dia org islam ler...islam ini utk semua manusia...

islam jugak tidak ditentukan dgn menyokong atau mengundi parti mana. :">:">
 

Sarkozy

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
272
Reaction score
0
Points
10
dari thread jiran sebelah

ye lah, asal bercakap guna nama agama. asal bercakap guna nama islam.

Negara Malaysia negara berbilang kaum dan agama. memberi kebebasan kpd kaum2 lain utk menganut agama2 lain dan menjalankan kepercayaan mengikut adat masing2.

mereka sebukkan islam tanpa memikirkan kaum lain. mereka sebuk bergaduh sesama melayu tapi tanpa mahu menunjukkan contoh kpd kaum lain pun. kerana yg diinginkan adalah kuasa, bukan menarik minat kaum lain kpd islam.

mereka bermatian2 mengatakan mereka berjuang untuk islam. tapi bila mengangkat org yg ingin menyaman hudud @ hukum islam yg mereka laungkan itu.

mereka juga mengangkat org yg bermatian2 menentang malaysia sebagai sebuah negara islam "langkah mayat karpal dulu"

tak payah lah menyalahkan org lain apabila perjuangan sendiri songsang.

Aku syukur alhamdulillah kerana malaysia adalah sebuah negara yg aman dan makmur yg menjadi lubuk rezki kpd rakyat malaysia dan jutaan rakyat asing. walhal mereka yg tidak bersyukur tidak berhenti menyalahkan org lain dengan ketidak senangan hidup mereka.

mereka pantas mengatakan malaysia negara mundur, ekonomi mundur dan sebagainya. walhak rakyat thailand, mynmyar, filipina, laos, vietnam, india, pakistan, amerika, australia, eropah afrika dan sebagainya berada dan memilih malaysia sebagai tempat punca rezki mereka. tidak lupa juga org2 indonesia yg menyabung nyawa datang ke malaysia semata2 untuk bekerja buruh kasar.

tolak ansur adalah ajaran islam yg sebanar dan bukan extremist islam yg hanya inginkan ape yg mereka mahukan tanpa memikirkan tentang kaum manusia yg lain.

berdakwah dengan akal dan bukan hati perasaan yg diselubungi kebencian
 

ikhmal_ok

Super Active Member
Joined
Aug 15, 2009
Messages
8,894
Reaction score
180
Points
73
Orang UMNO memang Islam,,,tapi kalau dok kata hudud tak releven, bila hudud orang Islam ramai kudung, simpan janggut buat apa !! dulu nabi takda pisau cukur maka terkeluar islam tanpa disedari
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register