BTC USD 61,130.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bolehkah ambil vaksin semasa hamil?

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
#kotabharu إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Selepas bertarung nyawa selama seminggu akibat jangkitan Covid-19, seorang ibu hamil lima bulan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai semalam.
https://www.hmetro.com.my/.../ibu-hamil-lima-bulan...

Ibu hamil lima bulan meninggal dunia akibat Covid-19​


1630319025183.png


Ibu hamil, Nor Asiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Kemiang, Pasir Mas, 10.30 malam tadi. FOTO IHSAN KARIMAH ISMAIL

Kota Bharu: Selepas bertarung nyawa selama seminggu akibat jangkitan Covid-19, seorang ibu hamil lima bulan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai semalam.

Wanita berkenaan, Nor Asiah Shukri, 32, yang tinggal di Kampung Banggol Kemiang, Jalan Rantau Panjang Lama, Pasir Mas, meninggal dunia pada jam 2.05 petang.

Ibunya, Karimah Ismail, 51, berkata, Nor Asiah adalah anak kedua daripada tujuh beradik disahkan dijangkiti Covid-19 sejak seminggu lalu selepas membuat ujian saringan di Hospital Pasir Mas.
Katanya, selepas itu anaknya yang juga ibu kepada dua anak dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

"Namun, oksigen anak dikatakan menurun sebelum dibawa ke HSIP untuk rawatan susulan dan dimasukkan ke ICU selepas tiga hari dirawat di wad biasa.


"Ketika di ICU keadaan arwah semakin membimbangkan sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Karimah yang tinggal di Kampung Sri Bayu berkata, sebelum anaknya disahkan dijangkiti Covid-19, anaknya mempunyai gejala batuk dan anak sulung arwah, Mohamad Afiq Asyraf Mohd Zairi, 12, demam selama beberapa hari.

Katanya, susulan itu, semua ahli keluarganya membuat ujian saringan dan suami arwah, Mohd Zairi Ibrahim, 34, serta dua anak mereka juga disahkan dijangkiti Covid-19.

"Allahyarham anak sudah divaksin bagi dos pertama dua minggu lalu dan menunggu untuk mendapatkan vaksin bagi dos kedua.
"Anak saya juga tidak pergi ke merata tempat dan hanya keluar mendapatkan vaksin dua minggu lalu. Arwah dan suaminya yang bekerja sendiri hanya meninjau pekerjanya yang melakukan kerja di sawah berdekatan rumah mereka sahaja.

"Saya tidak tahu, jangkitan Covid-19 itu datang dari mana," katanya yang reda dengan kehilangan anak kesayangannya itu.
Katanya, beberapa ahli keluarganya turut dijangkiti Covid-19 dan ada yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta di rumah.

Menurutnya, anaknya itu mengandung lima bulan dan kandungan itu amat ditunggu-tunggu oleh arwah serta suaminya memandangkan anak kedua mereka, Khalisya Khaisara sudah berusia tujuh tahun.

"Pada masa ini, kampung kami dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak semalam.
"Pesanan saya buat semua masyarakat supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP) kerana Covid-19 ini amat bahaya," katanya.
Disiarkan pada: Ogos 30, 2021 @ 5:01pm

ibu-hamil-lima-bulan-meninggal-dunia-akibat-covid-19
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
KKM melaporkan 70 kes kematian membabitkan ibu hamil akibat komplikasi jangkitan Covid-19 dari Mac 2020 sehingga 8 Ogos lalu.

pregnant_covid-19_afp__full.jpg
KKM melaporkan sebanyak 70 kes kematian membabitkan ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan dari Mac 2020 sehingga 8 Ogos lalu. – Gambar AFP, 2 September, 2021.

SEMAKIN ramai ibu hamil mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk melindungi diri dan kandungan mereka, selepas banyak kes kematian membabitkan golongan itu dilaporkan.

Mereka juga lebih banyak duduk di rumah untuk mengelak risiko jangkitan, kata ibu hamil yang ditemu bual The Malaysian Insight.

 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,561
Reaction score
240
Points
48
ada tak data yang senang nak paham yang menunjukkan vaksin tu semua ada kesan positif lawan covid?
 

AdiWalter

Fun Poster
Joined
Jul 15, 2021
Messages
233
Reaction score
29
Points
20
ada tak data yang senang nak paham yang menunjukkan vaksin tu semua ada kesan positif lawan covid?

tgk syuib dan isteri dia

syuib sempat ambik vaccine, arwah sarah tak sempat vaksin..

dan dari pengalaman sahabat2 yg pernah kene covid..yg di vaksin, setakat stage 1 dan 2 je..yg tak vaksin kebanyakan ICU
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Mohd Azuan Ayub

2j ·

SAYA PUTAR.. HALIM..

Saya ni pro safe Doktor. Sebab tu saya tak cucuk.

Saya sayang anak dalam kandungan ni.

Hangpa bila dok tercungap-cungap breathlessness Category 4 jangan dok pro oksigen pulak.

Masa tu kalau hospital jadi PRO Choice, pilih mana patut prioritize hang jangan putar kata DISCRIMINATION against Pro safe pulak.
#bani_putar
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Sakinah Sulong sedang bersama Che Puteh Osman dan 7 yang lain.​

6j ·

Nak hempuk ngan stetoskop tu, boleh?
Setiap wanita bertanggungjawab kepada badan dan kesihatan sendiri. Itu pun amanah Allah yang perlu dijaga.
Suami tak nak vaksin, biaq pi dia.
Yang kita punya, kita decide sendiri lah.
Badan kita, tanggungjawab kita
2764.png


1632230699119.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Dr. Arisman, MD.

2j ·

Saya jumpa kes begini minggu lepas, puan itu bertanya “Doktor, apa pendapat doktor vaksin untuk ibu hamil macam saya ni selamat ke?”
Saya jawab “Puan dah usia kehamilan 12 minggu dah, dah pernah melahirkan dua kali, vaksin pun dah lengkap waktu hamil sebelum ni, anak-anak pun dah vaksin kan?”
“Betul doktor. Tapi husband saya kata tak perlu ambil dulu. Bahaya kepada baby .. nanti cacat, kerajaan tak nak tanggungjawab kan?”
Saya jawab “Dah beribu-ribu ibu hamil ambil suntikan vaksin Covid-19 ni puan. Ianya telah benar-benar dikatakan selamat. Dan berkesan melindungi bayi dan nyawa puan sendiri.”
Saya tanya lagi “Suami puan merokok?”
Dia jawab “Aah. Dia memang kuat merokok. Dari kahwin lagi.”
Saya jawab “Puan tahu tak dengan asap rokok walaupun puan cuma cium & sedut asap rokok (pasif) tu mempunyai risiko jauh lebih tinggi untuk dapat bayi cacat? Keguguran? Lahir pra matang? jika dibandingkan dengan suntikan vaksin. Walaupun sudah dibuktikan vaksin Covid-19 ini selamat kerana ianya inactivated virus.”
“Rokok tu pun kerajaan juga luluskan penjualannya. Kena bayar lagi. Orang yang merokok dapat kanser paru-paru tu, ada ke kerajaan tanggungjawab?”
….
….
Dr. Arisman, MD.
Dapatkan vaksin anda sekarang wahai ibu-ibu sekalian. Lindung diri dan lindung bayi dalam kandungan anda.
Gambar credit to Dziehan Mustapa

1632231960113.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register