BTC USD 61,117.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bolehkah ambil vaksin semasa hamil?

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Suhazeli Abdullah telah menambah foto baru​

34m ·

Beberapa kekeliruan mengenai Ibu Hamil dan Vaksin COVID-19

Kajian mendapati ibu hamil mudah dijangkiti oleh COVID 19 tiga kali ganda dari orang biasa. Apabila sudah dijangkiti kemungkinan untuk bergejala teruk kategori 3, 4 dan lima adalah tinggi mencecah 70% dari mereka. Begitu juga dengan kes kematian meningkat lebih 1.5 kali ganda.

Amat menyedihkan ibu-ibu hamil ini tidak diberi pilihan yang tepat. Malah ditakut-takutkan dengan kesan-kesan sampingan yang terlalu minima berlaku. Inilah pertimbangan antara hidup dan kehidupan, antara hidup dan mati.

Kajian Klinikal sedang dijalankan untuk mengetahui secara lebih konklusif keberkesanan dan keselamatan vaksin terhadap ibu hamil.
Namun daripada data-data laporan kajian dalam populasi didapati bahawa pemberian vaksin kepada ibu hamil adalah selamat digunakan serta tiada kesan sampingan yang serius. Seluruh dunia 20% ibu hamil telah pun diberi vaksin COVID-19. CDC, FDA dan beberapa persatuan profesional perubatan telah menyimpulkan bahawa adalah pilihan tempat diberikan kepada ibu hamil vaksin berdasarkan kepada kes yang mereka temui semakin meningkat. Pemberian vaksin itu tidak perlu dilengahkan sama ada peringkat awal hamil ataupun peringkat akhir hamil.

Terdapat beberapa Keliruan yang cuba di sebarkan oleh pihak tertentu yang mengaitkan vaksin dan ibu hamil.
31_20e3.png
Gugurkan kandungan jika tahu hamil selepas cucuk vaksin?
Tidak benar. Jangan sesekali cuba gugurkan kandungan tersebut tanpa indikasi yang kuat dari pakar obstetrik dan ginekologi. Vaksin tidak menyebabkan keguguran. Vaksin juga tidak menyebabkan kecacatan kepada bayi yang sedang membesar, walaupun ia dalam tempoh 3 bulan yang pertama.
32_20e3.png
Tangguhkan pemberian vaksin jika merancang untuk hamil?
Jangan tangguh! Vaksin tidak menyebabkan ketidak-suburan. Sudah banyak kajian yang mengesahkan bahawa vaksin itu tidak mengganggu sistem hormon dan pergerakkan sperma / Ovum. Vaksin bukan punca mandul. Malah, vaksin adalah keadah terbaik bagi melindungi kita dari terus dijangkiti oleh COVID-19. Secepat mungkin kita dapatkan vaksin adalah lebih baik dan akhir sekali kita dapat keluar dari Pandemik ini. Andai kata anda hamil dalam tempoh tersebut tahniah dan Syabas.
33_20e3.png
Jika hamil perlu buat ultrasound secara terperinci, mana tahu ada Kecacatan atau tidak?
Tidak perlu terburu-buru untuk buat ultrasound terperinci. Bahkan seperti yang dibincangkan di atas bahawa vaksin itu tidak pun menyebabkan bayi yang sedang membesar itu terbantut dan seumpama. Oleh itu berbincanglah dengan doktor anda untuk melakukan ultrasound dalam tempoh yang sesuai.
34_20e3.png
Tangguhkan dahulu vaksin jika tarikh bersalin sudah tiba?
Tidak perlu tangguh jika kerajaan telah menawarkan vaksin kepada anda, terus rebutlah peluang itu. Apabila tempoh bersalin dan berpantang nanti menyebabkan anda semakin sukar untuk ke pusat pemberian vaksin dan melambatkan lagi vaksinasi terhadap diri anda.

Risiko dijangkiti COVID-19 akan tetap wujud.

Suhazeli Abdullah
12.8.2021
Tengkawang
Rujukan:
[1] ACOG: Vaccinating Pregnant and Lactating Patients Against COVID-19.
https://www.acog.org/.../vaccinating-pregnant-and....
[2] SMFM: Experts in High-Risk Pregnancy Respond to the FDA’s Decision to Offer the Newly Approved COVID-19 Vaccine to Pregnant and Lactating People.
http://s3.amazonaws.com/cdn.smfm.../media/2632/FDA_final.pdf
[3] SMFM Statement: SARS-CoV-2 Vaccination in Pregnancy.
https://s3.amazonaws.com/.../SMFM_Vaccine_Statement_12-1...
[4] WHO: The Moderna COVID-19 Vaccine: What You Need to Know.
https://www.who.int/.../the-moderna-covid-19-mrna-1273....
[5] ACOG and SMFM Joint Statement on WHO Recommendations Regarding COVID-19 Vaccines and Pregnant Individuals.
https://www.acog.org/.../acog-and-smfm-joint-statement-on...
[6] Vaccinating During Pregnancy Has Become Even More Urgent As ICU Beds Fill Up.
https://www.npr.org/.../pregnant-cdc-urges-covid...

1628756235581.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Rusyainie Ramli

1j ·

KKM telah mengemaskini garis panduan pemberian vaksin COVID-19 kepada ibu-ibu hamil pada hari ini. Alhamdulillah.

Walaupun dicadangkan vaksin COVID-19 diberikan kepada wanita yang mengandung setelah janin berusia 12 minggu dan ke atas, mesej yang disampaikan ialah vaksin COVID-19 tidak sepatutnya dinafikan kepada mereka tanpa mengira usia kandungan setelah ditimbangtara kebaikan jauh melebihi keburukan.

12 minggu ke bawah ialah tempoh trimester pertama yang merupakan jangkamasa pembentukan organ-organ penting bayi dalam kandungan. Tetapi dengan data yang ada, melibatkan hampir 1200 ibu hamil yang menerima vaksin sebelum 12 minggu, didapati tiada kesan buruk kepada janin.

Dengan keadaan kes COVID-19 yang genting sekarang ini di negara kita, sekiranya wanita yang sedang hamil mendapat peluang untuk divaksinkan, mereka mesti diberikan hak tu kerana kalau mereka dijangkiti, terutama pada trimester kedua dan ketiga, nyawa kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan bahaya.

Dan vaksin COVID-19 ni, telah terbukti dapat melindungi wanita-wanita yang menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak yang sedia ada, daripada jangkitan yang teruk sehingga memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi. Kita dah tak mampu untuk kehilangan mereka akibat COVID-19

1628773833390.png

1628773843905.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,858
Reaction score
21,826
Points
1,671
IMG_20210813_072737_050.jpg


Mac to 8 Aug
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
‘Si ibu selamat, bayi pun dilindungi’
13 Ogos 2021


1628826039166.png



Suntikan vaksin Covid-19 terbukti mampu melindungi ibu hamil daripada kesan teruk jangkitan Covid-19.


SHAH ALAM - Pemberian vaksin Covid-19 terbukti selamat digunakan kepada ibu hamil, malah berupaya melindungi keselamatan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Dr Murizah Mohd Zain berkata, data perubatan terkini berkaitan isu tersebut adalah sangat memberangsangkan.
Menurutnya, kesan sampingan yang dialami oleh ibu yang hamil juga adalah sama seperti mereka yang tidak mengandung.

“Sesetengah ibu yang hamil takut keselamatan diri dan bayi mereka jika ambil vaksin, tetapi data-data menunjukkan keberkesanan dan keselamatan vaksin buat ibu yang hamil sangat meyakinkan.

“Ia bukan sahaja selamat untuk digunakan, malah terbukti mampu melindungi ibu yang hamil daripada kesan teruk jangkitan Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Pakar Perunding Mikrobiologi Klinikal, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Zamberi Sekawi berkata, bukti daripada ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan keselamatan dan kesihatan bayi daripada ibu yang mengambil vaksin adalah normal.
“Sewaktu ujian klinikal dijalankan, ia memang tidak diuji untuk ibu yang mengandung, tetapi ada peserta yang terlibat telah mengandung hanya beberapa bulan selepas vaksin diberikan.

“Pemantauan yang dilakukan kepada kumpulan ini mendapati bayi yang dilahirkan oleh mereka adalah normal.



“Kerisauan sama ada vaksin yang digunakan untuk ibu hamil ini akan pergi kepada sel-sel bayi juga memang tidak berlaku,” ujarnya.
Beliau berkata lagi, terdapat bukti perubatan menunjukkan bahawa wanita mengandung yang mendapatkan suntikan vaksin ketika trimester ketiga kehamilan iaitu antara minggu 28 ke 40 turut memberikan perlindungan kepada bayi daripada jangkitan Covid-19.

“Jadi itu salah satu kelebihan, bukan sahaja ibu terlindung malah anak dilindungi (daripada jangkitan Covid-19),” jelasnya.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Menteri Hal Ehwal Agama menegaskan vaksin berkenaan selamat, malah setiap wanita berhak mendapatkan ikhtiar perlindungan daripada wabak.

Ada suami tidak izin isteri hamil suntik vaksin Covid-19, kata Zulkifli​





August 12, 2021 11:30 PM


ZULKIFLI_MOHAMAD_AL_BAKRI_YAPEIM_FMT_01042021-3.jpg



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
PETALING JAYA: Ada kalangan suami tidak membenarkan isteri mereka yang hamil menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung perkara itu, dalam pada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan mengenai peningkatan jangkitan Covid-19 melibatkan wanita hamil.


“Ingin saya jelaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat. Adalah menjadi hak setiap wanita untuk mendapatkan ikhtiar perlindungan melalui program vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada Khamis bersetuju bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.


“Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah amat penting pengambilan vaksin Covid-19 bagi ibu hamil dengan mengikut nasihat pegawai perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Berbincanglah dengan baik dan saya pasti ramai pakar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudi membantu untuk meleraikan pertanyaan dan kekeliruan berkenaan vaksin Covid-19,” katanya.

Noor Hisham semalam berkata, 70 wanita hamil maut akibat komplikasi Covid-19.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

Mufarwa Farid

5m ·

Tadi isteri checkup.

Habis checkup, doktor tanya, dah vaksin?

Dia jawab, belum. Hari tu dapat tarikh, tapi PPV tak bagi sebab dah 34 minggu. Sekarang dengarnya dah ada SOP baru, boleh bagi walaupun 33 minggu ke atas.

"Aah ya. Dah boleh dah. Awak nak? Kalau nak, saya tengok kot-kot ada slot kosong."

Isteri kata, eh mestilah nak. Dari hari tu lagi mencari-cari tempat untok terima vaksin perempuan mengandung 36 minggu.
Dia ambil nama, IC dan nombor telefon.

Kami pun pulang. Tapi nak beli makanan kejap on the way balik rumah.

Dalam 15 minit round-round, tetiba dapat panggilan entah dari siapa. Bila angkat, rupa-rupanya nurse.

"Puan ada di mana? Boleh datang tak sekarang? Kita ada slot kosong jam 4.30."

Kegirangan sungguh lah kami. Terus tak jadi beli makanan. Pecut ke hospital, masuk, kemudian tak sampai 5 minit, sudah pun dicucuk.
Kes perempuan mengandung yang meninggal dunia sebab Covid-19 ini terlalu banyak berlaku. Semalam sahaja dikatakan, 70 orang perempuan mengandung meninggal dunia. Ada anak selamat, ada anak yang ikut sama.

Kita usaha, dan serahkan kepada Tuhan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi nasihat, dorongan dan sokongan tempoh hari. Rasa terharu sangat friends kat Facebook begitu supportive. Moga Tuhan balas budi baik kalian.

Dan doakan isteri dan baby dalam keadaan selamat sejahtera.

1628844435448.png
.

.
.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Mengulas status vaksinasi COVID-19 bagi ibu hamil, Dr Noor Hisham berkata sehingga 8 Ogos lepas, sejumlah 146,759 orang telah berdaftar di MySejahtera bagi mendapatkan vaksin.



Daripada jumlah itu, seramai 83,251 ibu hamil atau 57 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 20 peratus daripada mereka telah lengkap menerima dua dos vaksin.

“KKM menyeru semua wanita mengandung untuk mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi menerima vaksin kerana ia satu kaedah terbukti untuk mengurangkan kesan jangkitan COVID-19 serta melindungi mereka,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata mana-mana petugas kesihatan tidak seharusnya ‘menakutkan’ golongan wanita mengandung mengenai vaksin COVID-19 tetapi perlu menerangkan kepentingannya kepada mereka.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan netizen di laman sosial bahawa terdapat petugas kesihatan yang menegah wanita mengandung menerima vaksin ketika mereka hadir ke klinik bagi pemeriksaan kesihatan ibu dan anak.
- Bernama


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Dr Selasawati Ghazali berkata rata-rata usia kandungan mereka bermula 27 minggu ke atas.

40 ibu hamil positif Covid-19 dirawat di hospital Kota Bharu, kata pengarah​


Dikemas kini 14 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 12:46PM · 0 Komen

vaccination_pregnant_tmi_afif_300621__full.jpg
Wanita mengandung yang positif Covid-19 perlu dianggap berisiko sebab ada dua pihak iaitu ibu dan anak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2021.

SERAMAI 40 ibu hamil yang positif Covid-19 kategori dua hingga tiga kini dirawat di dua wad khas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali berkata rata-rata usia kandungan ibu hamil yang sedang menerima rawatan bermula 27 minggu ke atas.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sehingga kini, hampir 150,000 ibu mengandung telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
https://www.utusan.com.my/.../percepat-vaksinasi-untuk.../

Percepat vaksinasi untuk ibu mengandung​

WhatsApp-Image-2021-08-14-at-2.57.23-PM.jpeg


RINA Mohd. Harun (tengah) menyerahkan cek kepada wakil Pertubuhan Restu Amal Jasa Malaysia di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar dekat Parit hari ini. - UTUSAN//MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

  • 14 Ogos 2021, 3:00 pm



PARIT: Proses pemberian vaksin Covid-19 kepada ibu mengandung perlu dipercepatkan dan golongan itu perlu diberikan keutamaan untuk vaksinasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sehingga kini, hampir 150,000 ibu mengandung telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus sudah pun menerima vaksin.

“Saya harap ibu mengandung yang telah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera terus diberikan keutamaan kerana saya difahamkan ada hampir 150,000 ibu mengandung telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.
“Tetapi, sehingga sekarang, lebih kurang 60 peratus daripada mereka telah mendapat vaksin dan kita harap keutamaan diberikan kepada ibu mengandung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Projek Rintis Penyumberan Luar (ASD) di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar di sini hari ini.


Menurut Rina, sebelum ini kerajaan memberikan keutamaan kepada golongan wanita yang kandungan mereka berusia 14 hingga 33 minggu untuk menerima suntikan vaksin untuk melindungi mereka daripada jangkitan Covid-19.

Katanya, beliau berharap agar lebih ramai lagi ibu mengandung tampil dan terus mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
“Setiap daripada kita wajib bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri kita dan orang lain di sekeliling.

“Saya berharap bukan sahaja ibu, tetapi, suami juga memainkan peranan penting. Ingatlah, vaksin yang diberikan ini bukan sahaja untuk isteri, tapi juga anak dalam kandungan,” katanya.

Mengenai pelaksanaan Projek Rintis ASD di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar di sini, Rina berkata, ia merupakan kerjasama strategik antara kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan pusat penjagaan warga emas.

Menurutnya, projek rintis pertama itu akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Restu Amal Jasa Malaysia yang melalui proses saringan ketat sebelum menerima peruntukan sebanyak RM494,400 dalam merealisasikan hasrat kerajaan melalui ASD ini.

“ASD ini bertujuan untuk kita menggembleng tenaga dan bekerjasama dengan badan NGO kerana kita tahu mereka yang dipilih ini mempunyai kepakaran tertentu dari segi pengurusan, ilmu serta pengalaman dalam mengendalikan program atau rumah khas untuk penjagaan warga emas ini.

“Di samping dari segi ilmu, pengalaman, ia juga dapat memberi penjimatan kepada pihak kerajaan di mana kita lihat bahawa kos operasi berkurangan sebanyak 30 peratus, jadi ini win win situation,” katanya.

Menurutnya, keberhasilan projek rintis tersebut akan dinilai selepas enam bulan ia dikendalikan oleh NGO terlibat bagi melihat keberkesanannya sebelum diputuskan untuk dikembangkan atau tidak.

“Kita akan lihat keberkesanan selepas enam bulan dan jika kita lihat keberkesanan itu bertepatan dengan matlamat asal ASD ini diadakan, maka ia akan diperluaskan lagi di rumah-rumah seri kenangan ataupun pusat institusi kita yang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE


 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,858
Reaction score
21,826
Points
1,671
Buku pink.

FB_IMG_1628935291979.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register