BTC USD 22,783.8 Gold USD 1,921.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh tambah 2 mata pelajaran

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
PUTRAJAYA - Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

Beliau berkata, penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md. Dom.

"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Tamil dan Sastera Cina atau Sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini semalam.

Menurut beliau, keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.

"Mereka boleh mengambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif. Sebelum ini, mereka tidak boleh mengambil, jadi kita tidak mahu sekat dan memberi mereka kelonggaran," jelasnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register