BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boleh Solat Jumaat Di IOI City Mall Mulai 6 September Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
23.08.2024 - IOI City Mall berkongsi berita baik di mana pusat beli-belah terkemuka yang terletak di Putrajaya itu membuka pintu kepada orang ramai untuk menunaikan Solat Jumaat di situ. Menerusi hantaran Facebook IOI City Mall, Solat Jumaat pertama bakal diadakan bermula pada 6 September dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Lokasinya terletak di Musalla, East Wing, IOI City Mall, di belakang Poh Kong.
Menurut pusat beli-belah itu, ia sebagai satu kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki yang berada di sana ketika hari Jumaat.

Kemudahan itu hasil kerjasama bersama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID). Tambahnya lagi, bagi jemaah wanita yang ingin solat Zohor semasa Solat Jumaat berlangsung boleh menggunakan beberapa surau yang terletak di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas), Lower Ground (berhampiran Tony Roma’s & Ayu Borneo), Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko). Bagi memudahkan para pengunjung mencari lokasi Musalla Solat Jumaat, IOI City Mall ada menyediakan peta digital yang boleh diakses di sini.
1724405207996.png

Berita asal
 
Sponsored Post

Ok lah boleh halau hantu dalam ioi tu... Hahaha.. Besar sangat ke surau tu pun nak tampung orang.. Sebenarnya ni bagus je untuk staff xyah keluar dari ioi.. Sambil marketing mengajak orang luar datang ioi untuk solat Jumaat je.. Tapi kalau kecik je surau baik xyah.. Memalukan ioi je kalau kena solat luar surau.. Lepas tu nak solat tak boleh majlis agama dapat dosa..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register