BTC USD 28,117.2 Gold USD 1,967.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Boleh Buat Pasport Pada Hari Minggu bermula 28 Jan 2023

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,295
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,295
Reaction score
5,105
Points
516
Awards
1
Mulai 28 Januari 2023, sebanyak 20 pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 8 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Ini adalah antara usaha menyelesaikan masalah kesesakan akibat peningkatan permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).
pasport-imigresen-kdn-4-768x432.jpg

Senarai 20 pejabat yang dibuka hujung minggu

  • Menara Ikhlas di Putrajaya
  • Jalan Duta, KL
  • Wangsa Maju, KL
  • Shah Alam
  • Kelana Jaya
  • Kajang
  • Puchong
  • Pelabuhan Klang
  • Kuala Selangor
  • Kuala Kubu Baru
  • Setia Tropika
  • Kulai
  • Muar
  • Kluang
  • Batu Pahat
  • Melaka
  • Taiping
  • Teluk Intan
  • Seberang Jaya
  • Kulim
Bukan itu sahaja, malah pejabat imigresen di cawangan-cawangan UTC juga akan dilanjutkan waktu operasinya.
pasport-imigresen-kdn-7-768x432.jpg

Waktu lanjutan pejabat imigresen di UTC

  • hingga jam 7 malam pada hari biasa
  • hingga jam 5 petang pada Sabtu dan Ahad
Memandangkan sesetengah negeri bercuti pada Jumaat dan Sabtu, maka waktu lanjutan mereka mengikut hari tersebut iaitu pejabat dibuka hingga 5 petang pada hari Jumaat dan Sabtu.
pasport-imigresen-kdn-3-768x432.jpg

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semua pejabat ini akan terus beroperasi hingga isu kesesakan terkawal. Dalam perkembangan lain, sebuah pejabat pengeluar pasport yang baharu juga telah dirasmikan di KLIA. Ia juga menempatkan pejabat satelit Jabatan Pendaftaran Negara untuk penggantian Mykad dan carian sijil lahir sementara.
Sumber asal https://www.facebook.com/imigresen
 
Top
Log in Register