BTC USD 32,409.3 Gold USD 1,800.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bola Sepak Orang Pekak ASEAN (Malaysia Melangkah ke Akhir)

izaf505

Active Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
2,017
Reaction score
62
Points
45
pekakk.jpg_1481124130.jpg

Kuala Lumpur: Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN 2016 selepas berpesta gol membelasah Myanmar 16-0 di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), pada aksi terakhir Kumpulan B hari ini.

Kemenangan itu meletakkan skuad negara selaku juara Kumpulan B selepas mengumpul enam mata, diikuti Vietnam yang menewaskan Myanmar 18-2 semalam.

Penyerang negara, Razilawali Wahab muncul wira pasukan apabila meledak tujuh gol, manakala Faza Firdaus Ghazali dan Nasharuddin Razali, masing-masing menyumbat dua gol.

Mak Chee Weng, Naim Mat Leh, Aqif Syafiq Maathe, Rahmatuddin Huzaizi dan Firdaus Sabudin, masing-masing menjaringkan satu gol.

Dalam saingan Kumpulan A, Thailand melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan meraih kemenangan ketiga mengalahkan Indonesia 7-2 dan mengumpul sembilan mata keseluruhan.

Mengiringi Thailand ke separuh akhir ialah Indonesia yang meraih enam mata hasil dua kemenangan dan sekali tewas.

Malaysia dijadual bertemu Indonesia di Padang C MSN dan Thailand menentang Vietnam di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada aksi separuh akhir, esok.

Edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN itu anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan kerjasama MSN dan FAM disertai tujuh pasukan iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.

SUMBER Harian Metro
 
Last edited:
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,279
Reaction score
531
Points
176
fuh 16 gol tu...macam main futsal pulak

Tapi macam mana diorang main bola eh? Referee tiup wisel pun bukan diorang boleh dengar
 

izaf505

Active Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
2,017
Reaction score
62
Points
45
fuh 16 gol tu...macam main futsal pulak

Tapi macam mana diorang main bola eh? Referee tiup wisel pun bukan diorang boleh dengar

Dengar dari temu ramah di NLKO TV9 aritu pengadil akan naikkan bendera + tiup wisel.Tapi xpasti plak mcm mana player alert dgn pengadil tu.Kn tgk game ni baru boleh paham
 

apiz89

Active Member
Joined
Sep 3, 2010
Messages
2,375
Reaction score
9
Points
25
tahniah semoga maju jaya team bolasepak orang pekak malaysia.
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,475
Reaction score
947
Points
121
16 gol... terbaik la....

malu wei pasukan Harimau Malaysia. Orang pekak pun leh cemerlang main bola.
 

izaf505

Active Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
2,017
Reaction score
62
Points
45
double post....
 
Last edited:

izaf505

Active Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
2,017
Reaction score
62
Points
45
betoi..
satu2nya pengadil pegang bendera dlm padang :D

:)cgrock tq bro.. team Bola Sepak Orang Pekak Malaysia dalam proses untuk join Bola Sepak Rakyat xsilap aku, pelan2 kayuh diorg berhasrat join liga Malaysia.Semoga berjaya
 

samkehel

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2015
Messages
651
Reaction score
4
Points
15
blh harap OKU saja skrg ni, byk OKU berbakat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register