Bola Sepak Malaysia vs China - Ape kes?

CG Sponsors




msaifziec

Active+ Member
Joined
Aug 4, 2010
Messages
2,571
Reaction score
62
Points
30
Malaysia tumbang 0-3

REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.

Angkara pengadil dari Australia MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.


Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.


Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.​
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
125
Points
123
pengadil plg gila di abad ni...mmg kena bayar ke china dh ni
 

ezat8055

Freshie
Joined
Nov 13, 2010
Messages
8
Reaction score
1
Points
8
china tuan rumah kot.... mesti china kena bagi lebih skit.daaa
 

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
ini tidak adil pengadil tipu
 

biznez4u2c

Fun Poster
Joined
Sep 23, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
AFC patutnya siasat kes ni..
pengadil yg langsung x boleh nk terima bantahan...
x gunanya pengadil Australia ni..:mad::mad:

Tp aku respek btl ngn pemain2 Malaysia..mungkin inilah harapan bolasepak kita..:)paid:)paid:)paid
 

PerawanTampan

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2010
Messages
671
Reaction score
41
Points
20
FAM buduh tak bagi duit lebih kat pengadil....
tengok china awal2 dorng dah tempah n bagi deposit kat pengadil...
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,047
Reaction score
2,961
Points
201
pemain dah ok..pengadil pula buat hal..hampes betul pengadil...
 

jerai

Active Member
Joined
Oct 13, 2008
Messages
1,901
Reaction score
47
Points
30
walaupun kalah tapi lawan tetap lawan aku salute pemain malaysia
 

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,477
Reaction score
411
Points
136
begitu juga dgn aku...menyampah tul dgn pengadil hampeh tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register