BTC USD 79,795.6 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,688
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,688
Reaction score
6,554
Points
881
Awards
1
Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam

Astro Awani
September 5, 2024 08:15 MYT

Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Rata-rata pengguna di negara Islam kini memilih untuk membeli jenama soda tempatan berbanding Coca-Cola dan Pepsi. - Foto REUTERS

KAHERAH: Coca-Cola dan Pepsi membelanjakan ratusan juta dolar selama beberapa dekad membina permintaan untuk minuman ringan mereka di negara majoriti Islam termasuk Mesir hingga Pakistan.

Kini kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna yang menyasarkan jenama-jenama simbol Amerika Syarikat (AS) dan Israel akibat perang di Gaza.

Di Mesir, jualan Coke menurun tahun ini manakala jenama tempatan V7 mengeksport tiga kali lebih banyak botol kola sendiri di Asia Barat dan rantau yang lebih luas berbanding tahun lepas.

Di Bangladesh, bantahan memaksa Coca-Cola membatalkan kempen iklan menentang boikot dan di seluruh Asia Barat, pertumbuhan pesat Pepsi hilang selepas perang Gaza bermula pada bulan Oktober.

Coca-Cola dan Pepsi sebelum ini sering mendapat permintaan untuk majlis keraian namun kini pengguna di negara-negara majoriti Islam mengalihkan permintaan mereka kepada jenama minuman soda tempatan.

Pengguna Islam menyatakan mereka tidak mahu wang mereka sampai ke tabung cukai AS iaitu sekutu paling setia Israel.

Penyelidik pasaran NielsenIQ berkata, jenama minuman barat mengalami penurunan jualan sebanyak tujuh peratus pada separuh pertama tahun ini.

Di Pakistan, pengasas aplikasi penghantaran Krave Mart, Kassim Shroff berkata, saingan cola tempatan seperti Cola Next dan Pakola melonjak dalam populariti untuk menjadi kira-kira 12 peratus daripada kategori minuman ringan.

Sebelum boikot, angka itu hanya menghampiri 2.5 peratus.

Boikot pengguna bermula sejak setakat protes antiperhambaan gula abad ke-18 di Britain.

Strategi itu digunakan pada abad ke-20 untuk memerangi apartheid di Afrika Selatan dan telah digunakan secara meluas terhadap Israel melalui gerakan boikot, penjualan dan sekatan.

Ramai pengguna yang menjauhi Coca-Cola dan Pepsi susulan sokongan AS terhadap Israel selama beberapa dekad.

Jumlah hasil Pepsi dari bahagian Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan ialah AS$6 bilion pada 2023.

Pada tahun yang sama, pendapatan Coca-Cola dari rantau Eropah, Asia Barat dan Afrika ialah AS$8 bilion.

Dalam tempoh enam bulan selepas perang Gaza, jumlah minuman Pepsi di bahagian Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan hampir tidak berkembang selepas mencatatkan pertumbuhan 8 peratus dan 15 peratus pada suku yang sama 2022/23.

Jumlah Coca-Cola yang dijual di Mesir merosot sebanyak dua digit mata peratusan dalam enam bulan berakhir 28 Jun, menurut data daripada Coca-Cola.

Pepsi berkata, syarikat itu dan mana-mana jenamanya tidak bergabung dengan mana-mana kerajaan atau tentera dalam konflik itu.

Coca-cola pula berkata, pihaknya tidak membiayai operasi ketenteraan di Israel atau mana-mana negara.

#Coca-Cola #pepsi #boikot #Gaza
 
Back
Top
Log in Register