BTC USD 56,821.2 Gold USD 1,779.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,565
Reaction score
12,510
Points
2,376
Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin


Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden kegagalan enjin melibatkan pesawat United Airlines. -Gambar fail​


CHICAGO: Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden kegagalan enjin melibatkan pesawat United Airlines.
Penggantungan tersebut membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.

Pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin tersebut sebahagiannya digunakan syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways dan Asiana, milik Korea Selatan.

Tindakan itu dibuat katanya bertujuan atas faktor keselematan sementara menantikan pihak kawal selia Amerika Syarikat melakukan siasatan lanjut.

Sebelum ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.

Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.

Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa Kawasan perumahan di sekitar Colorado.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,565
Reaction score
12,510
Points
2,376
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara

UK memutuskan untuk membuat larangan sementara terhadap pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin jenis Pratt & Whitney memasuki ruang udara negaranya.


UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara


LONDON: Pihak berkuasa penerbangan United Kingdom (UK) mengeluarkan larangan sementara menggunakan ruang udara membabitkan pesawat jenis Boeing 777.

Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.

Keputusan itu dibuat menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pengangkutan United Kingdom, Grant Shapps menerusi hantarannya di Twitter.

“Berikutan insiden yang berlaku baru-baru ini, pesawat yang menggunakan enjin berkenaan akan digantung sementara daripada memasuki ruang udara United Kingdom,” katanya menerusi hantaran tersebut.


Dalam pada itu, Grant Shapps turut menjelaskan tiada sebarang penggunaan enjin jenis tersebut yang digunakan oleh negaranya.

“Enjin tersebut tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan United Kingdom dan hanya dikendailkan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan.

“Difahamkan pihak berkuasa juga telah menghentikan penggunaan enjin tersebut,” katanya lagi.

Baru-baru ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.

Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.

Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa kawasan perumahan di sekitar Colorado.

Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan pada Isnin untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden tersebut.

Penggantungan itu membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,565
Reaction score
12,510
Points
2,376
Kerosakan pada bilah kipas enjin pesawat United Airlines konsisten dengan kelelahan logam - NTSB

Pesawat UA328 United Airlines bersama 231 penumpang dan 10 anak kapal kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver selepas kebakaran tercetus pada enjin kanan pada 20 Feb 2021. - REUTERS


Kerosakan pada bilah kipas enjin pesawat United Airlines konsisten dengan kelelahan logam - NTSB


WASHINGTON:
Kerosakan pada bilah kipas di bahagian enjin Pratt & Whitney PW-400 melibatkan pesawat United Airlines Boeing 777-200 konsisten dengan kelelahan logam, menurut laporan siasatan awal.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB), Robert Sumwalt memaklumkan, siasatan masih dijalankan bagi menentukan jika kegagalan tersebut sama seperti yang berlaku pada sebuah lagi pesawat United pada Februari 2018.

Dalam insiden berlainan pada Disember 2020, Badan Keselamatan Pengangkutan Jepun melaporkan dua buah kipas dalam enjin pesawat Japan Airlines 777 didapati mengalami kerosakan, satu daripadanya menunjukkan kesan kelelahan logam.


Bilah kipas pesawat United Airlines itu akan diteliti pada Selasa di makmal Pratt & Whitney di bawah pengawasan pasukan penyiasat NTSB.

"Apa yang penting adalah untuk memahami segala fakta, keadaan dan situasi yang berlaku ketika insiden ini sebelum kami boleh bandingkan dengan kejadian lain," kata Sumwalt.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan mengeluarkan arahan kecemasan mengenai kelayakan pesawat jenis itu untuk terbang yang akan mengandungi pemeriksaan terperinci ke atas bilah kipas bahagian enjin.

Pada bulan Mac 2019, badan berkenaan telah mengarahkan pemeriksaan dilakukan pada bilah kipas enjin pada setiap 6,500 kitaran.

Sumwalt berkata insiden yang melibatkan pesawat United Airlines tidak disifatkan sebagai kerosakan ejin yang tidak terkawal kerana kesemua komponen berada pada tempat yang sepatutnya ketika pesawat itu sedang berlepas.

Terdapat juga kerosakan kecil pada badan pesawat terbabit namun tiada kerosakan struktur dikesan, katanya.

NTSB juga akan menyiasat kenapa penutup bahagian enjin pesawat tersebut tercabut dan bagaimana berlakunya kebakaran selepas injap minyak kepada enjin terbabit telah ditutup, tambah Sumwalt.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register