BoBoiBoy: The Movie Mula Ditayang 100 Pawagam Korea Bermula 2 Mac

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,891
Reaction score
11,718
Points
2,376
Boboiboy The Movie 'terjah' Korea


BERMULA esok, filem animasi Boboiboy The Movie akan mula ditayangkan di lebih 100 pawagan di Korea Selatan

Memetik laporan media tempatan, karya terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd, atau kini dikenali sebagai Monsta itu turut menjadi filem tempatan pertama berjaya menembusi pasaran negara terbabit

"Kita biasanya mendengar hanya filem atau drama Korea yang dibawa masuk ke negara ini, namun jarang sekali ataupun belum ada filem Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan

"Justeru, perkembangan ini sesuatu yang boleh dibanggakan oleh industri perfileman tempatan, khususnya dalam sektor animasi negara," kata Ketua Penjenamaan dan Pemasarannya, Faiz Zainal Aabidin menerusi satu kenyataan petik BH Online, hari ini

Filem animasi arahan Nizam Razak itu dihasilkan sepenuhnya di Malaysia dan Korea menjadi negara kelima menayangkan filem Boboiboy selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia

Kutipan kasar untuk tayangan di empat negara terbabit sudah pun mencecah lebih RM19 juta

Pihak Animonsta telah melantik syarikat Korea Selatan, Boxoo Entertainment, selaku pengedar di negara Korea

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/boboiboy-the-movie-terjah-korea-1.636363
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,386
Reaction score
11,145
Points
1,906
wah dahsyat, Boboiboy the Movie masuk market Korea Selatan, tahniah :)
 

mutanic

Super Active Member
Joined
May 24, 2009
Messages
5,537
Reaction score
212
Points
73
apa cita skrg dlm channel youtube Monsta pun dah xda update siri Boboiboy Galaxy?
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
BoBoiBoy ke Turki September ini

v7CAZrxL.jpg


KUALA LUMPUR: Francais animasi superhero Malaysia BoBoiBoy bakal menggegar pawagam di seluruh Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung pada penghujung tahun ini.


Dalam satu kenyataan oleh Monsta, studio di belakang tabir BoBoiBoy, bekerjasama dengan pengedar tempatan CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawa BoBoiBoy The Movie pada September depan, disusuli sekuelnya BoBoiBoy Movie 2.

"Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio itu turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca televisyen di Turki.

"Kesemua filem dan siri animasi itu turut dialih bahasa ke dalam bahasa Turki, supaya penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi," menurut kenyataan itu.

Menurut Monsta, francais animasi BoBoiBoy yang semakin popular itu berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 negara seperti di Asia Tenggara, India dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara), dan Turki menjadi medan baharu bagi francais berkenaan mengembangkan sayap ke negara-negara berhampiran.

Monsta komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia berkualiti tinggi serta berharap dengan kedatangan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu dapat menikmati siri animasi yang sarat dengan aksi, komedi dan hiburan untuk seisi keluarga. – BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register