BoBoiBoy: The Movie Mula Ditayang 100 Pawagam Korea Bermula 2 Mac

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,893
Reaction score
11,718
Points
2,376

KUALA LUMPUR: Animonsta Studios Sdn Bhd selaku penerbit BoBoiBoy: The Movie menyasarkan kutipan sebanyak RM25 juta menerusi tayangan filem itu di tiga negara termasuk Malaysia

Ketua Pegawai Operasi merangkap pengarahnya, Nizam Razak, berkata filem animasi itu bakal memasuki 80 pawagam tempatan dan lebih 100 panggung di Indonesia dan Brunei

Katanya, dijangka populariti siri animasi BoBoiBoy yang lebih dulu memancing perhatian penonton di 44 negara sejak lima tahun lalu memudahkan lagi laluan filem berkenaan menembusi pasaran luar

"BoBoiBoy sudah menjadi jenama yang dipercayai sekali gus banyak pihak tidak sabar menanti hasilnya sebaik saja Animonsta Studios mengumumkan hasrat mengangkat siri itu ke layar lebar kira-kira tiga tahun lalu

"Kita jangka selepas pasaran tempatan, filem animasi ini mampu melangkah lebih jauh. Potensi itu ditunjukkan menerusi maklum balas daripada pemain industri mahu pun pihak luar," katanya selepas pelancaran runut bunyi filem berkenaan, di sini, hari ini

Nizam berkata, pihaknya kini masih menunggu lampu hijau daripada pempamer di negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja yang menunjukkan minat dan pada masa sama meneroka prospek edaran BoBoiBoy The Movie ke Asia Barat

Sementara itu, filem dengan kos RM5 juta yang berkisar pengembaraan ala fiksyen BoBoiBoy bersama Yaya, Fang, Ying dan Gopal turut menampilkan tujuh watak baharu termasuk rakan mereka yang bernama Octobot

"Namun pastinya plot kisah yang membawa mesej nilai setiakawan dan perjuangan ini berbeza dengan siri TV selain memaparkan elemen futuristik serta kehadiran makhluk asing," katanya
 
Last edited:
Sponsored Post

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Nanti beli DVD sahaja bila keluar, yang original. Dah tentu anak nak tengok berkali2.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
bole untung ni klu buat btol2 promosi..
tayang laa jugak kat negara lain..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,893
Reaction score
11,718
Points
2,376
Relak kan fikiran bila layan BoboiBoy ni
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
Poster mantap
 

Jejaka Kedekut

Legendary Member
Joined
Nov 28, 2007
Messages
11,086
Reaction score
23
Points
115
oleh kerana bukan mengisahkan cerita mat rempit/bohsia.aku ragui boleh capai target tu.
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
532
Points
171
klau tayang asean blh kot...klau malaysia skali dgn collector item baru dapat 25m
 

TengkuHaadi

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,330
Reaction score
466
Points
41
Boboi Boy ni ak tgk cam Sendu hero Syok sendiri je tak mcm Upin Ipin ramai gak bdk kecik tgk.

Nak capai target berjuta2 cam Mustahil je.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
wpun sasar 3 negara mcm payah je
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,520
Reaction score
1,602
Points
596
Boboboi boboi best wooo
 
Sponsored Post
Top
Log in Register