Bob Lokman Di Masukkan Ke Hospital Kerana Masalah Buah Pinggang

CG Sponsors




apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,350
Reaction score
535
Points
121
klo da berubah/belajar pondok memang kena cakap ana anta ke
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,838
Reaction score
12,060
Points
1,906
"Jantung saya sudah ada bateri, degupan lebih bagus dan pergerakan oksigen dalam badan banyak...."
#AWANInews #AWANIpagi

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung


Disember 21, 2020 06:57 MYT
Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung

Bob memaklumkan di samping bantuan tabung kebajikan artis dan sumbangan penderma, beliau turut mengusahakan laksa Kelantan dan Kedah melalui tempahan dalam talian bersama isterinya. - Astro AWANI


KOTA BHARU: Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman, 56, semakin sihat dan kini menjalankan perniagaan dalam talian.
Bob yang selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) awal bulan ini menetap di kampung kelahirannya di Kubang Kerian, Kelantan.


Ketika ditemui baru baru ini, Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.
“Jadi jantung saya sudah ada bateri, degupan lebih bagus dan pergerakan oksigen dalam badan banyak maka saya boleh berfikir rasional, sihat dan syukur lebih lebih positif untuk melihat apa langkah saya ke hadapan.

“Saya dapat bantuan daripada Yayasan Kebajikan Artis Malaysia, selebihnya bekerja buat jualan di Kelantan, ambil pesanan laksa Kedah,” katanya.

Kos pembedahan dibiayai hasil sumbangan manakala kos rawatan susulan, ubat dan pemeriksaan diberikan secara percuma oleh Hospital Sultanah Bahiyah.

Bob memaklumkan di samping bantuan tabung kebajikan artis dan sumbangan penderma, beliau turut mengusahakan laksa Kelantan dan Kedah melalui tempahan dalam talian bersama isterinya.

Walaupun pendapatan tidak seberapa, ia memadai untuk menampung perbelanjaan hariannya kerana tiga anaknya yang masih belajar di sekolah tahfiz dibiayai oleh penderma.
Bob dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa buah filem antaranya Jin Notti, Santau, Zoo dan drama selain terlibat sebagai penulis lirik dan pengubah lagu.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
'Saya tak pernah tolak berlakon, tapi beri teguran sahaja' - Bob Lokman

Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, 56, masih sedia berlakon semula sekiranya mendapat watak yang sesuai dengannya dan dirasakan memberi manfaat.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman dihubungi berkata dia tidak pernah menolak bidang lakonan, tetapi sekadar menegur dengan tegas sahaja mengenai beberapa perkara membabitkan tuntutan agama.

"Kalau berlakon itu, tak ada masalah nak teruskan. Tapi, yang saya pernah tegur apabila membabitkan aurat pelakon wanita, penjagaan waktu solat di kalangan warga produksi serta melarang adegan yang tidak sepatutnya, itu sahaja.

"Bagaimanapun, untuk saya sendiri rasanya dah tak sesuai lagi hendak berlakon. Malah, ada ke pihak produksi yang sudi ambil saya berlakon untuk drama mereka?" katanya kepada Harian Metro.

Bob yang kini makin sihat dan bertenaga selepas menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) awal bulan ini, berkata dia sekarang mengintai peluang perniagaan.

"Sebenarnya, saya sekarang mencari rakan-rakan yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar tuisyen secara dalam talian (online) dengan pakej bulanan RM68 untuk 24 mata pelajaran merangkumi pelajar sekolah rendah dan menengah.

"Saya baharu menjalankan perniagaan tuisyen ini sekitar seminggu yang lalu memandangkan menuntut ilmu itu juga penting. Bahkan, perkhidmatan pakej bulanan yang saya sediakan juga berpatutan dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi," katanya.

Menurut Bob lagi, dia kini semakin bertenaga dan bersemangat untuk mencari peluang perniagaan sebagai usaha mencari pendapatan untuk menyara keluarganya.

Mengulas mengenai rawatannya, Bob berkata buat masa sekarang dia perlu ke hospital Sultanah Bahiyah, Kedah setiap dua minggu bagi menjalani pemerilsaan susulan mengikut temujanji yang dibuat oleh doktor.

"Apapun, saya bersyukur keadaan kesihatan sekarang semakin baik, sihat dan membuatkan lebih bersemangat untuk bekerja. Terima kasih kepada semua orang yang sudah mendoakan buat kesihatan saya.

"Semoga saya terus sihat dan pulih untuk kembali aktif melakukan apa yang termampu bagi mencari rezeki buat keluarga serta meneruskan kelangsungan kehidupan ini," katanya.

Bob yang kini menetap di kampung kelahirannya di Kubang Kerian, Kelantan berkata dia sangat bersyukur kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah SWT, ternasuk boleh bernafas lagi untuk meneruskan sisa hidupnya.

Ketika aktif berlakon dahulu, Bob pernah membintangi drama, filem dan sitkom. Antara filem pernah dibintanginya ialah Jin Notti, Santau dan Zoo, manakala dia juga adalah penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search.

#kw Bob Lokman, pelakon, pelawak dan penulis lirik

#loc Kuala Lumpur

-ENDS/
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
Bob Lokman menyesal jadi perokok tegar
a man wearing glasses: Pelakon dan Penulis lirik Bob Lokman kelihatan. FOTO MAHZIR MAT ISA
© Provided by Harian Metro Pelakon dan Penulis lirik Bob Lokman kelihatan. FOTO MAHZIR MAT [email protected]
Kuala Lumpur: Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, kesal kerana pernah menjadi perokok tegar ketika usia muda yang akhirnya membawa dia berhadapan masalah kesihatan.

Awal Disember lalu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) dengan kos kira-kira RM60,000 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Bob ketika dihubungi berkata, jika dia tidak mengamalkan tabiat menghisap rokok dulu, pasti tahap kesihatan jantungnya masih kekal sehingga 100 peratus.

"Ketika muda saya memang banyak menghisap rokok. Bayangkanlah macam mana nak hidup sihat. Akhirnya, jadilah macam ini dan saya kira ia salah satu sebab saja," katanya.

Bob berkata, luahannya itu bukan untuk diri sendiri, tetapi dia turut melihat keadaan sama yang berlaku kepada rakan-rakannya yang sakit mahu pun sudah meninggal dunia.

"Sesiapa ada sejarah dengan rokok, saya tahu macam mana sifatnya orang yang merokok ini. Sama macam sayalah yang banyak hisap rokok dahulu, akhirnya memang beri kesan kepada kesihatan diri.

"Tak mudah sebenarnya nak berhenti merokok. Jika boleh berhenti pun sekejap pada bulan Ramadan, tapi lepas saja berbuka puasa mesti akan 'qada' rokok itu lebih lagi," katanya.

Bob berkata, dia kini bersyukur kerana kesihatannya makin stabil, sihat dan beransur pulih.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor sebanyak empat kali setakat ini memaklumkan tahap penggunaan jantungnya itu sudah naik melebihi 30 peratus.

© New Straits Times Press (M) Bhd
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,648
Reaction score
758
Points
121
Alhamdulillah dah makin sehat...

Pengajaran... Umur atas 45 memang dah tak boleh ikut tabiat makan zaman muda. Kalau perut besar kene usaha rampingkan. Memang payah, tapi kalau tak, mungkin akan bebankan sendiri dan keluarga
 
Sponsored Post
Top
Log in Register