Bob Lokman Di Masukkan Ke Hospital Kerana Masalah Buah Pinggang

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
23.01.2020 - Kuala Lumpur, Keadaan pelakon dan penulis lirik Bob Lokman difahamkan semakin teruk apabila dia dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini akibat masalah buah pinggang.

Berita itu disahkan menerusi akaun Facebook Dr Riduan Mohamad Nor yang tersebar di laman sosial pada Khamis.

Menurutnya, Bob, 56, yang sedang mengikuti aktiviti jelajah kuliah di Terengganu sepanjang minggu ini telah dikejarkan ke hospital selepas kesihatannya terjejas.

"Minggu ini dia dalam jadual padat roadshow kuliah di Terengganu, jasadnya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.

"Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.

"Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang," tulisnya.

Sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair.

Menerusi laporan mStar pada 20 September 2018, Bob memberitahu dia mengambil 13 jenis ubat-ubatan dengan kos berjumlah lebih RM1,000 sebulan.

Dalam pada itu, Dr Riduan meminta mana-mana pihak yang prihatin dapat membantu Bob yang kini mengalami masalah kewangan.

"Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang.

"Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber.

"Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.

"Saya merayu teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan bebannya kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam," ujarnya.

Bob dan isterinya, Relawati Daud, 42, mempunyai lapan anak. Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.



Berita asal http://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/01/23/bob-lokman
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,008
Reaction score
742
Points
121
Pentingnya ada insurans perubatan..

Tapi x semua ada income tetap..
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
Semog bob lokman diberi kesembuhan.....
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
182
Points
23
semoga abg Bob diberi kesembuhan dan dpt teruskan berdakwah kpd org ramai
teringat dulu rancangan Telebriti abg Bob jd hos
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,356
Reaction score
536
Points
121
Duit x de kenapa masuk spital uitm? Masuk jer la spital gomen
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,162
Reaction score
280
Points
51
Duit x de kenapa masuk spital uitm? Masuk jer la spital gomen
aq pun terfikir juga...

boleh bertambah2 ganda sakit..

bukan sebab sakit tapi pening nak bayar bill..

semoga Allah permudahkan urusan bob ...
 

tokekapal114

Active Member
Joined
Apr 21, 2015
Messages
1,501
Reaction score
296
Points
51
aq pun terfikir juga...

boleh bertambah2 ganda sakit..

bukan sebab sakit tapi pening nak bayar bill..

semoga Allah permudahkan urusan bob ...
mungkin sponsored by hospital...
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,480
Reaction score
2,006
Points
201
Saya boleh mati 'anytime' – Bob Lokman

Share


Tweet


BOB LOKMAN

BOB LOKMAN
Syafil Syazwan Jefri
[email protected]
Kuala Lumpur: "Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut,".
Demikian kata pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatannya kini.

Ads by

Innity
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56, juga memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya ketika zaman kegemilangannya di kaca TV mengguris hati.

ADVERTISEMENT
vv-soundoff-2x-cada8dcd42784b4d172eb8b6bd28e9c3.png


"Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
"Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV," katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, Bob berkata, dia baru dibenarkan keluar hospital hari ini selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.
"Saya menngalami masalah jantung sejak 1998. Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.
"Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah," katanya yang kini berada di Kelantan.
Katanya, selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.
"Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung," katanya.
Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.
"Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.
"Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula," katanya.
Ahad ini, Bob akan menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,480
Reaction score
2,006
Points
201
‘Ana minta maaf dengan anta’ – Bob Lokman
November 30, 2020
WhatsApp-Image-2020-11-30-at-08.08.19-696x391.jpeg

ASSALAMUALAIKUM, ana nok tinggal sikit wasiat ko anta. Kalu taqdir ana sampai. Ampunkan semua dosa ana.

Bagi peluang pada anak ana untuk mengaji sampai habis di situ (An Nur Besut). Dua orang anak ana ada orang bayarkan yuran, ana tak pasti siapa.

Amanee loni ana bayar. Insya Allah akan diteruskan oleh zaujah ana. Amanah seterusnya selepas hafazan ada pada Ustaz Nazri.

Terima kasih banyak kerana menjadi sahabat ana. Ana wakafkan anak ana untuk Islam. Tolong selalu ingatkan mereka pesanan ana jangan jual ilmu agama. Cari duit dengan meniaga.”

Mesej pada aplikasi WhatsApp itu menerjah skrin daripada insan yang aku sayangi dalam persahabatan dan gerak kerja amal Islami.

Hati berdebar dan adrenalin berombak kencang, mesej itu sangat serius dan tidak melambangkan Abang Bob yang suka bergurau dengan aku (termasuk membahan aku). Belasan tahun umur persahabatan kami, sudah seperti adik-beradik, dia tahu titik kelemahan dan kelebihanku, begitulah sebaliknya.

Kali ini bukan candaan, dia meminta maaf kepada seluruh AJK LESTARI dan keluar grup WhatsApp, dengan pantas NGO Muslim Care Malaysia (MCM) menggalang dana untuk perubatan jantung Abang Bob.

Haji Jo dan Safuan memecut kenderaan ke HUSM Kubang Kerian menemui Bob dan isterinya, Muslim Care Malaysia sebagai NGO yang dianggotai oleh Abang Bob tak berlengah. Terus menggalang dana untuk mencari RM60,000 untuk pembedahan jantung Abang Bob yang akan diadakan dalam tempoh kurang sebulan.

Gerakan swadaya bertaraf antarabangsa ini mengambil tempoh kurang 48 jam untuk membantu menghimpunkan jumlah wang yang diperlukan untuk pembedahan yang dijadualkan pada hari Rabu atau hari Khamis minggu ini.

Duit telah cukup dan kita tak boleh berlengah, kondisi Abang Bob agak lemah. Haji Zulwahijan, Presiden Muslim Care Malaysia dan Timbalan Pengerusi LESTARI (ii) telah mengerahkan kudrat dan upaya MCM untuk membantu anak seni cum aktivis kemanusiaan ini.

Ana rasa sedih Ustaz bila teringat pada Abang Bob, walau baru sangat je kenal dia,” tukas Ustaz Taufik yang merupakan Mudir Tahfiz an Nur Besut.

Ya, sesiapa yang mengenali Abang Bob pasti akan merasa sedih apatah lagi warga An Nur Besut dan An Nur Setiu. Tiga orang anak Abang Bob mencicip ilmu di sini. Dia mengenderai kenderaan beratus kilometer semata-mata untuk memasak nasi Maqlubah untuk warga tahfiz.

Kadang, kondisi kesihatannya melemah, namun dia tetap tersenyum di Kompleks Tahfiz An Nur untuk menyediakan nasi Arab Maqlubah. Seronok dan rasa bahagia jika anak-anak tahfiz melahap air tangannya, ruang dapur tahfiz hingar-bingar dengan usik mengusik. Kadang nasi Maqlubah dimasak di rumahnya di Kubang Kerian, dibawa untuk dijamu pada warga tahfiz.

Bila tahu Abang Bob sakit dan akan menjalani pembedahan jantung, anak-anak Tahfiz An Nur Besut dan Setiu terus mengadakan solat hajat dan berdoa agar insan yang cakna pada anak-anak tahfiz ini dikurniakan kesembuhan.

Dia mengusahakan mesin dobi pada An Nur Setiu dan mengusahakan untuk membeli van untuk An Nur Besut (jumlah dana belum mencukupi, masih dalam proses mengumpul dana). Dipelbagai tempat lain juga beliau membantu mengutip dana membina maahad, surau, membantu orang lain yang dihempap kesusahan maka tak pelik jika beliau disayangi oleh ramai insan lain.

Sosok anak seni, aktivis kemanusiaan yang juga pendakwah ini sentiasa dekat di hati kita. Para asatizah, alim ulama, bahkan ilmuan Islam juga dimesrai oleh Abang Bob. Beliau rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ulama yang lain, maka tak pelik jika ramai yang mendoakan beliau serta menghulurkan sumbangan.

Sakit atau sihat, Abang Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus bercakap tentang Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman bin Ahmad bin Yusuf al Kenali belasan tahun dahulu dengan nekad telah meninggalkan kerlipan industri hiburan dan menyertai PAS dalam himpunan 30K Pemuda PAS di Alor Setar.

Anak seni dengan tarikan pesona yang besar ini tetap menggungguli pentas ceramah PAS serta pengisi program masjid, surau malah acara besar PAS, namanya tetap dalam senarai papan carta utama. Dalam parti Islam, beliau beberapa sesi berada dalam Lajnah Kesenian dan Kebudayaan.

Ajaklah berprogram ke mana sahaja walau terpaksa mengusung tangki oksigen, ke pulau-pulau terpencil, kawasan pedalaman, FELDA, FELCRA, dia tak serik kerana dirinya telah diwakafkan untuk perjuangan dan dakwah.

Mengendong tendensi dan bakat di bidang pengacaraan yang beliau puluhan tahun ceburi selamaa ini. Bob adalah alumni Maahad Hamidiah Kajang, pernah membesar di Pondok Tok kenali Kubang Kerian, juga merupakan cicit Tok Kenali dan cucu Tuan Guru Haji Ahmad Bangkok.

Bakat berdakwah ada dalam darahnya dan beliau juga merupakan anak saudara almarhum ustaz Mawardi Ahmad, bekas Adun Lundang. Menarik pula ,dia tak bercita-cita untuk menjadi anggota legislatif atau berniat menjadi pimpinan. Gerak kerja dipacu untuk meraih pahala dan menjaga keikhlasan .

Lelaki berpostur besar ini semenjak berhijrah daripada alam selebriti terus menjadi pentaksub ilmu, menghadiri majlis ilmu, berusrah serta turun menjelajahi negara untuk berkongsi pengalaman serta menitip nasihat buat anak muda.

Bob Lokman juga berusaha untuk menarik kawan-kawan artis untuk kembali menghayati ajaran Islam seterusnya berhijrah ke alam fitrah. Rumah beliau di Sungai Buloh sering menjadi tempat berusrah serta majlis silaturrahim. Jika dibuat di lokasi selain rumahnya, maka tugasnya untuk memasak kepada majlis yang kami adakan di bawah Lujnah Kesenian.

Semenjak Abang Bob jatuh sakit dan kadang kala kesihatannya merosot dengan teruk maka aktivitinya separa terhenti, ditambah dengan pandemik Covid. Beliau dan isteri sejak berpindah ke Kelantan daripada Sungai Buloh berniaga secara kecilan bagi menghidupkan dapur.

Musim pandemik yang mendunia ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas. Aku merayu teman-teman semua untuk mendoakan pembedahan jantung Bob Lokman berjaya, kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam.

Semoga pengorbanan Bob dicaknai kita semua, terima kasih kepada Muslim Care Malaysia, ahli-ahli jemaaah PAS, seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan membantu Abang Bob.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) – HARAKAHDAILY 30/11/2020
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,480
Reaction score
2,006
Points
201
Bob boleh tidur lena
WhatsApp_Image_2020-12-10_at_11.38.28_PM_1607662809.jpg
Bob bersama anaknya. Foto IG Bob Lokman
KUALA LUMPUR: Bob Lokman, 56, bersyukur pembedahan membetulkan degupan jantung dikenali sebagai 'Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Isnin lalu, berjaya.

Bob atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokman, memberitahu, dia dibenarkan keluar dari hospital berkenaan, Selasa lalu.

Namun, Bob yang sebelum ini mencipta nama sebagai pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik, masih berada di Alor Setar, bagi menjalani pemeriksaan susulan.

"Alhamdulillah, pembedahan saya lancar. Namun, saya masih rasa sakit sebab baru dibedah beberapa hari.

"Kalau hendak bercakap mengenai perkembangan jantung, baru lagi untuk saya ulas.

WhatsApp_Image_2020-12-10_at_11.39.20_PM_1607662817.jpg
Bob mengaku boleh tidur lena selepas menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung dikenali sebagai ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Isnin lalu. Foto NSTP
"Namun, alhamdulillah, selepas pembedahan, tidur saya lebih lena," katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut mengenai pembedahan itu, Bob berkata, dia menjalani prosedur CRTD iaitu kaedah memasukkan wayar dalam bahagian kiri dan kanan jantung.

Tambahnya, alat itu menyeragamkan kadar degupan jantung bagi mengembalikan ritma normal.

"Sebelum ini, saya beritahu perlu memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD).

"Namun, sebenarnya, saya perlu menjalani kaedah rawatan CRTD. Rawatan ini adalah untuk menstabilkan denyutan jantung saya.

"Disebabkan pembedahan itu, dalam beberapa bulan ini saya tidak boleh angkat tangan.

"Jadi, saya tidak boleh menyarung kemeja-T, hanya baju berbutang dibenarkan. Pergerakan pun agak terhad, seperti tidur dalam satu posisi sahaja," katanya.

Bob berkata, doktor tidak membenarkan mengambil garam atau makanan masin.

"Saya juga dinasihatkan menurunkan berat badan. Sekarang, berat badan saya 125 kilogram (kg).

"Saya perlu turunkan kepada 85 kg untuk mendapatkan berat badan ideal," katanya.

Pelakon filem Santau dan Jin Notti itu memilih untuk menjalani pembedahan di Kedah selepas pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah menawarkan rawatan segera kepadanya.

Bob mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia bagi membiayai kos pembedahan yang dianggarkan RM60,000 itu.

"Saya tidak sangka masalah saya mendapat perhatian banyak pihak.

"Terima kasih kepada orang ramai dan Muslim Care Malaysia kerana merealisasikan semua ini.

"Sebelum ini, saya banyak membantu Muslim Care Malaysia menjalankan aktiviti kebajikan. Tidak sangka, kali ini, mereka tolong saya pula," katanya.

Sehubungan itu, Bob bersama Muslim Care Malaysia dan Unit Jantung Hospital Sultanah Bahiyah akan menubuhkan tabung untuk pesakit jantung yang memerlukan.

Bob turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah terutama Dr Khanta Rao yang bertanggungjawab mengendalikan pembedahannya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register