BTC USD 65,333.8 Gold USD 2,313.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bo-Ram Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,282
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,282
Reaction score
6,487
Points
916
Awards
1
12.04.2024 - Penyanyi Park Bo-ram, 30, disahkan meninggal dunia jam 11.17 malam semalam selepas dikejarkan ke hospital oleh rakannya. Bo-ram awalnya ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas di rumah rakannya pada jam 9.55 malam. Dia dilaporkan menziarah rakannya ketika insiden. Bagaimanapun, selepas berada terlalu lama dalam tandas, rakannya tidak sedap hati dan bertindak memeriksa apa yang terjadi. Sewaktu ditemui, Bo-ram berada dalam keadaan membongkok di sebelah sinki tanpa sedarkan diri. Bantuan pernafasan cuba diberikan kepadanya sementara menunggu ambulans tiba. Bagaimanapun, Bo-ram gagal menunjukkan sebarang tindak balas.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan punca kematiannya.Bo-ram mencipta nama sekitar usia 16 tahun selepas menyertai program popular Superstar K2 pada 2010. Dia berjaya lolos ke lapan yang terbaik. Kemudian, dia memulakan karier pada 2014 dengan melancarkan lagu berjudul Beautiful. Dia juga sudah melancarkan dua EP iaitu Celepretty pada 2015 dan Orange (2017). Bo-ram baru melancarkan lagu baharunya berjudul I Miss You pada 3 April lalu.
1712931492679.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register