Covid-19 BNM umum moratorium pinjaman dikenakan faedah?Bingung?Post 1 untuk maklumat terkini

CG Sponsors




Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,526
Reaction score
2,135
Points
151
Baru dpt tau public bank pun tak kenakan faedah dan tak effect ccris...

So aku pun submit je lah form moratorium ....haha
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,522
Reaction score
562
Points
126
den ado dpt sms dari aeon credit..

dia ada buat relief program... kene reply msg tu..

masalahnya den tak dpt bukak website aeon credit ni.. tak tau apa benda program tu..

ada sesiap punya info?

den raso ada kene mengena ngan moratorium.. jadi den post kat sini.. kalo salah, mod minta tlg alihkan..

1590050088597.png
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,618
Reaction score
1,571
Points
201
ada bank kena sign surat...ada bank automatik...ada bank belum buat keputusan lagi
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,522
Reaction score
562
Points
126
ok baru dpt buka web aeon arini.. ni cara yg kene bayar semula.. ada option 3,6,9,12 bulan..

ni kiraan utk 6 bulan.. ok la, takde tambah masa, cuma tambah fulus skit utk tempoh bulan yg kita pilih ..

1590109755928.png
 

faizal32

Active Member
Joined
Aug 13, 2012
Messages
1,066
Reaction score
46
Points
30
cimb tak dapat lagi la bulan jun ni. pesal ye?
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Moratorium perlu dilanjutkan, rakyat masih terbeban

bnm.jpg

Gambar kecil: Zaleha Che Kob

KOTA BHARU - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bersetuju dengan cadangan daripada pelbagai pihak untuk memanjangkan lagi tempoh moratorium bank memandangkan keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

Ketuanya, Zaleha Che Kob berkata, pihaknya sentiasa menerima aduan masalah dihadapi rakyat terutamanya bebanan yang ditanggung akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

“Rata-rata rakyat yang saya temui bercakap benda yang sama. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan yang tidak seberapa.

“Contohnya peniaga pasar malam. Sememangnya bukan perkara yang mudah untuk mereka hadapi situasi sekarang ini. Sebab itu kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk bantu mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan beberapa pihak menyuarakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium bank memandangkan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

Antaranya Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yang melihat tempoh enam bulan tersebut belum mencukupi untuk menstabilkan aliran tunai yang terjejas.

Malah perkara yang sama juga diakui Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor yang berpendapat, jika ia dipanjangkan, ia akan memberi manfaat kepada lebih 14 juta pekerja membabitkan sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri.

Mengulas lanjut, Zaleha berkata, manfaat tersebut juga turut akan membantu mereka yang dibuang kerja akibat pandemik Covid-19 dan memberi peluang untuk mencari inisiatif lain bagi menggalas bebanan mereka.

“Kita perlu faham, bukan mudah untuk naik balik. Cuma apa yang boleh kerajaan lakukanlah supaya mereka betul-betul stabil.

“Kita tidak mahu negara menghadapi masalah lain pula selepas ini disebabkan oleh pengurusan yang tidak betul melibatkan perancangan ekonomi selepas penularan Covid-19.

“Negara lain juga menghadapi situasi yang sama, ekonomi tidak stabil. Mereka juga ada pelan tersendiri bagaimana untuk memastikan ekonomi stabil dengan tidak meletakkan bebanan kepada kerajaan semata-mata,” katanya.


Sumber : sinarharian
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,775
Reaction score
979
Points
81
Terpulang kepada pihak bank utk extend moratorium

 
Sponsored Post
Top
Log in Register