BTC USD 37,412.5 Gold USD 1,798.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'BN yang menang, apa perlu ADUN PN dalam kerajaan Melaka'

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,377
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,377
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Abis tu takkan nak masukkan PAS plak
Habuk pun takde
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,972
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,972
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1


2 ADUN PN kekal sokong kerajaan BN di Melaka, kata Peja​


November 28, 2021 8:00 PM

Mohd-Aleef-Yusof-Mohd-Yadzil-Yaakub-2.jpg


Mohd Aleef Yusof mewakili Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban kekal sebagai ADUN biasa.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetap memberi sokongan terhadap kerajaan negeri, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, dua wakil rakyat itu Mohd Aleef Yusof mewakili Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban kekal sebagai ADUN biasa.

Katanya, walaupun tidak berada dalam barisan kerajaan, kedua-dua wakil rakyat itu akan tetap memberi sokongan dan suara khususnya dalam pelaksanaan dasar kerajaan negeri.
“Mereka ADUN biasa, tetapi sebagai wakil rakyat mereka ada tanggungjawab untuk bersuara bagi rakyat Melaka.



“Dasar yang baik, perlu beri sokongan, juga bersuara jika ada perkara tidak baik yang burukkan kerajaan negeri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Faizal turut menasihatkan kedua-dua ADUN berkenaan melunaskan amanah dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau berkata, PN memberi jaminan untuk terus memberikan kerjasama sebaiknya kepada kerajaan baharu Melaka diterajui Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.

Katanya, pada masa ini, semua ADUN yang menang pada pilihan raya itu perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding perbalahan politik.

“Tak perlu bergaduh dengan sesiapa. Hentikan politiking. Kerajaan Melaka telah ditubuhkan, keputusan juga sudah dibuat.
“Kita boleh beri kerjasama demi kepentingan rakyat, itu yang lebih penting,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua ADUN Bersatu itu dikatakan tidak bersedia untuk duduk di kerusi pembangkang bersama lima lagi ADUN Pakatan Harapan (PH) selepas BN menang PRN Melaka.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang mengulas perkara itu berkata, tidak ada keperluan untuk membawa bersama dua wakil rakyat PN dalam pembentukan kerajaan Melaka.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,972
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,972
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1

2 ADUN PN duduk di blok pembangkang​


December 17, 2021 9:55 AM

Mohd-Yadzil-Yaakub-dan-Mohd-Aleef-Yusof.jpg


Sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan atau tawaran daripada mana-mana pihak mengenai kedudukan dua ADUN PN daripada Bersatu.

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) akan duduk di kerusi pembangkang pada Sidang Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 selama empat hari bermula 27 Disember ini.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka Mohd Yadzil Yaakub beliau dan ADUN Sungai Udang Mohd Aleef Yusof masih dianggap sebagai pembangkang selepas berseteru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

ADUN Bemban itu berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan atau tawaran daripada mana-mana pihak mengenai kedudukan dua ADUN PN daripada Bersatu.
“Memandangkan kita bukan kerajaan di Melaka, maka kita tidak tahu apa keputusan daripada pihak kerajaan negeri. Justeru, kita teruskan jadi pembangkang yang baik dan memberi khidmat kepada rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.



BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Melaka baru-baru ini dan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kedudukan dua ADUN PN itu sekali gus menimbulkan tanya tanda berikutan BN dan PN mempunyai kerjasama di peringkat persekutuan.
Mengulas pelantikannya sebagai Ketua BPN Bersatu Melaka yang baharu, Mohd Yadzil berkata, ia adalah cabaran besar buat dirinya yang memikul amanat untuk menstruktur semula kepimpinan parti di negeri itu.

Katanya, fokus kini tertumpu kepada usaha memperkasakan asas Bersatu di Melaka dan memastikan parti itun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

“Asas Bersatu memang sudah ada di Melaka. Kukuh atau tidak kita kena lihat daripada pelbagai sudut. Saya akan terus memperkasakan Bersatu seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,972
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,972
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
#BHpolitik Kedua-dua ADUN berkenaan sudah menerima surat daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu
https://bit.ly/3meLKEG

Dua ADUN PN sebaris pembangkang di DUN Melaka​

Disember 17, 2021 @ 3:53pm

1639728816615.png


Dr Mohd Yadzil Yaakub (kiri) dan Dr Mohd Aleef Yusof

MELAKA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka dari Perikatan Nasional (PN) yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini menerima surat daripada kerajaan negeri menyatakan tempat duduk masing-masing pada sidang DUN adalah di blok pembangkang.





ADUN Sungai Udang daripada PN-BERSATU, Dr Mohd Aleef Yusof dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) menerima perkara itu dengan hati terbuka.

DUN Melaka dijangka bersidang selama empat hari bermula 27 Disember ini.

Dr Aleef berkata, beliau dan Dr Mohd Yadzil menerima surat daripada kerajaan negeri baru-baru ini yang antara lain menyatakan mereka berdua ditempatkan sebaris dengan ADUN pembangkang.


"Di Pusat, BN memerlukan sokongan PN untuk duduk sebaris di Dewan Rakyat dan dalam pentadbiran negara tetapi di Melaka, kami pembangkang.
"Bagaimanapun, kami terima dengan hati terbuka dan insya-Allah akan hadir pada persidangan itu kelak," katanya ketika dihubungi hari ini.



Dr Mohd Aleef, 35, berkata, sebelum ini beliau dan Dr Mohd Yadzil tidak dibenarkan masuk ke pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (JAPERUN) masing-masing kerana tidak dikategorikan sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

Sehubungan itu, mereka berusaha mendapatkan pejabat perkhidmatan untuk rakyat di kawasan masing-masing bagi memastikan masalah rakyat mampu diselesaikan, katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini mereka masih belum menemukan rumah kedai yang sesuai untuk tujuan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu, BN menang 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN manakala PN-BERSATU (dua) dan Pakatan Harapan (lima).

Dr Mohd Aleef mengejutkan banyak pihak, terutama BN apabila mencatatkan undi majoriti 530 bagi menewaskan calon BN, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Dr Mohd Yadzil memperoleh 4,211 undi dan menewaskan Datuk Koh Chin Han (BN) yang memperoleh 3,883 undi dan Datuk Tey Kok Kiew (PH-DAP) 3,095 undi, selain dua calon Bebas yang hilang deposit.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,972
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,972
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1

BERNAMA

· 3m ·

1f4cc.png
ADUN Rim Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Melaka
1f4cc.png
Bekas exco kerajaan negeri Ibrahim Durum angkat sumpah sebagai Speaker DUN Melaka

1640572740495.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register