BTC USD 37,330.8 Gold USD 1,797.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'BN yang menang, apa perlu ADUN PN dalam kerajaan Melaka'

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
#BHnasional Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini
https://bit.ly/3p3aBMg

Rauf antara lapan muka baharu dilantik EXCO Melaka


November 26, 2021 @ 12:22pm

1637900991373.png




AYER KEROH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh antara lapan muka baharu yang dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara akan mengetuai portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri.

Sulaiman ketika mengumumkannya, berkata selain itu, muka baharu yang dilantik adalah ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar); ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani);

Turut dilantik, ADUN Gadek, VP Shanmugam (EXCO Belia, Sukan dan NGO); ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan) serta ADUN Merlimau, Dr Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Antidadah);





ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi) dan ADUN Machap Jaya, Ngwr Hee Sem (EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna).

Sulaiman berkata, beliau akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama, manakala ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.

Sementara ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman pula dilantik sebagai Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

"Senarai EXCO berkenaan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini," katanya.

Beliau turut yakin barisan EXCO berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk membangunkan Melaka, sekali gus dapat menggerakkan usaha merealisasikan manifesto serta aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,054
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,054
Reaction score
2,743
Points
261
Awards
1
Kata nak buat kerajaan perpaduan.. da menang majority lupe da . Ke kerajaan perpaduan bile kerusi tak cukup je???
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Selamat ,menjalankan tugas YB-YB sekalian
https://www.utusan.com.my/.../11/senarai-penuh-exco-melaka/


Senarai penuh Exco Melaka​

WhatsApp-Image-2021-11-26-at-12.28.03-PM.jpeg
SULAIMAN Md. Ali (kanan) dan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sebelum majlis pengumuman Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

  • 26 November 2021, 12:56 pm


MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengumumkan senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka bagi penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 sebentar tadi di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Berikut merupakan senarai penuh lantikan tersebut:
  1. Datuk Seri Sulaiman Md. Ali
Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.
  1. Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh
Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.
  1. Datuk Muhammad Jailani Khamis
Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
  1. Datuk Rahmad Mariman
Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan

  1. Datuk Zaidi Attan
Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
  1. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Asas Tani
  1. VP. Shanmugam
Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
  1. Datuk Kalsom Nordin
Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan
  1. Dr. Muhamad Akmal Saleh
Kesihatan dan Anti Dadah

10. Datuk Rais Yasin

Pendidikan dan Teknologi
  1. Ngwe Hee Sem
Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

Rauf antara 8 muka baharu dilantik Exco Melaka​


November 26, 2021 1:35 PM

Umno-Melaka-Ab-Rauf-Yusoh-bernama.jpg


Ketua Menteri Sulaiman Md Ali mengumumkan Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai antara barisan muka baharu Exco kerajaan Melaka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh menjadi antara lapan muka baharu yang dilantik dalam barisan Exco kerajaan Melaka bawah pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu akan menerajui portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

Individu lain yang dilantik adalah:
  • ADUN Serkam Zaidi Attan (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar)
  • ADUN Telok Mas Abdul Razak Abdul Rahman (Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani)
  • ADUN Gadek VP Shanmugam (Belia, Sukan dan NGO)
  • ADUN Pengkalan Batu Kalsom Nordin (Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan)
  • ADUN Merlimau Dr Akmal Saleh (Exco Kesihatan dan Antidadah)
  • ADUN Paya Rumput Rais Yasin (Pendidikan dan Teknologi)
  • ADUN Machap Jaya Ngwe Hee Sem (Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna)
Menurut Sulaiman, beliau pula akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama, manakala ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.



Selain itu, ADUN Ayer Molek Rahmad Mariman dilantik mengetuai portfolio Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

“Senarai Exco itu telah dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini,” kata Sulaiman, menurut laporan Berita Harian.

Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan ini memberikannya majoriti dua pertiga di DUN.


 

cropok

Active+ Member
Messages
2,544
Joined
Mar 30, 2018
Messages
2,544
Reaction score
717
Points
81
Aku kalau menang 2/3 kerusi aku jadi sombong jugak..haha
 

findemas

Active+ Member
Messages
3,937
Paid Membership
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,937
Reaction score
313
Points
51
Aku kalau menang 2/3 kerusi aku jadi sombong jugak..haha
Bukan sombong dalam bab ni. Dah dia majoriti mestilah lantik geng sendiri takkan nak lantik geng lain pulak. Kena jaga geng sendiri dulu. Mana-mana kumpulan pun macam tu.
 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,855
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,855
Reaction score
860
Points
121
Kata nak buat kerajaan perpaduan.. da menang majority lupe da . Ke kerajaan perpaduan bile kerusi tak cukup je???
kerajaan perpaduan mendanya kalo da lawan sesama sendiri
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register