BTC USD 37,179.2 Gold USD 1,798.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'BN yang menang, apa perlu ADUN PN dalam kerajaan Melaka'

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,686
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,686
Reaction score
4,118
Points
261
Awards
1
aku sampai satu tahap.. kalau tengok youtube

kalau ada nama ke muka jelutong je

aku mmg tak tengok lah.. dah tau mmg dia akan jerit2 dok kacau floor orang

tp sekurangnya dia gaji berbayar lah masuk parliment tu, berbaloi dia kena kutuk dgn netizen tu

tp kdg2 ada netizen ni je dok siang malam berkempen, siang malam muka dia.. bertahun plak tu
ntah lah.. tak tau lah kalau dia ketua cabang ke setiasuaha bahagian memana ke dok menyamar dlm tu haha :D
Tugas dia mcm tu....org kata sesuai dgn muka dia...hahahaha...kalau dia main bola...dia jadi pemain yg sgt displin...tak kacau posisi org lain.....hehehee
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

ADUN BN cukup jadi Exco di Melaka

November 23, 2021 @ 4:28pm

1637656507450.png


SHAH ALAM: Pemimpin dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di Melaka tidak seharusnya menuntut sebarang jawatan Exco.

Penasihat Komunikasi BN, Isham Jalil berkata, ini kerana mereka menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN juga perlu menerima hakikat mereka kalah teruk dalam PRN Melaka.

"PN tidak patut meminta jawatan dalam kerajaan tetapi perlu menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyemak imbang kerajaan.





"BN mempunyai 21 ADUN yang menang dan lebih layak dilantik sebagai Exco dalam kerajaan negeri," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan BN Selangor berharap, kerajaan negeri Melaka pimpinan BN ini tidak melayan permohonan PN.

"Jika parti yang kalah pun ingin jadi kerajaan, jumlah pembangkang akan jadi lebih kecil atau tiada langsung. Ini tidak baik untuk demokrasi dan proses semak imbang," katanya.

Pada 20 November lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi PRN Melaka bahawa Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi DUN.

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi, manakala PN menang dua kerusi.

 

azham

Super Active Member
gem
Messages
7,646
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,646
Reaction score
2,222
Points
216
Awards
1
Tugas dia mcm tu....org kata sesuai dgn muka dia...hahahaha...kalau dia main bola...dia jadi pemain yg sgt displin...tak kacau posisi org lain.....hehehee
Kalau dalam team Malaysia zaman 90an, ada player macam ni tuan.
Namanya P.Maniam.
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,677
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,677
Reaction score
2,911
Points
261
Awards
1
Muhyiddin patutnya kena keluar kenyataan cakap tak mau pun kongsi kuasa dengan BN. Nampak sangat PN masih tergila2kan gabung dengan BN walaupun dah cakap depan media lepas keluar keputusan PRN haritu akan jadi pesaing utama dalam PRU15 nanti. Nanti orang mengata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,910
Joined
May 29, 2008
Messages
18,910
Reaction score
7,992
Points
481
Awards
1
On PRU..
Minta Tok mat fight kerusi parlimen..
Auto jdi PM..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

#BHnasional
Perhimpunan Agung UMNO sudah putuskan tiada kerjasama politik
#PRNMelaka
https://bit.ly/3CRzkrv

Tiada kerjasama UMNO-BERSATU di Melaka



November 24, 2021 @ 3:39pm

1637741640467.png


Ab Rauf (dua dari kiri) mengatakan tiada kerjasama BN dengan PN. - Foto NSTP/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Barisan Nasional tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dalam kerajaan baharu.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian UMNO tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

"Cadangan untuk menggabungkan mereka tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan BERSATU," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi dengan dua dimenangi PN, manakala selebihnya Pakatan Harapan (PH).

Terdapat cadangan supaya dua ADUN PN berkenaan bersama BN untuk membentuk kerajaan negeri seperti yang dilakukan pada peringkat Pusat, Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka kerana BN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi, iaitu melebihi dua pertiga.

 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
On PRU..
Minta Tok mat fight kerusi parlimen..
Auto jdi PM..
tok mat ni tak nak main parliment .. dia nak pegang dun tu je

tu antara sbb nama tok mail ni naik jadi pm dulu sbb dia dah ade dlm parliment

ade org mmg tak nak jadi pm.. ade org sampai ke sudah menunggu giliran..

macam2 peel politician nih
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

#BHpolitik
Disebut-sebut antara ADUN dari MCA yang akan dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri
https://bit.ly/3FL1Hd4


Ban Hong serah pimpinan MCA tentukan kedudukan dalam kerajaan Pusat, negeri​


1637827233531.png


Datuk Lim Ban Hong. Gambar fail NSTP

MELAKA: Datuk Lim Ban Hong menyerahkan kepada pucuk pimpinan MCA mengenai kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Beliau yang memenangi kerusi Undangan Negeri (DUN) Kelebang berkata jawatan di peringkat Persekutuan dan negeri adalah platform untuk berkhidmat kepada rakyat serta negara, sekali gus berjanji melaksanakan amanah yang diberikan rakyat menerusi mandat yang diperoleh pada PRN itu.

"Saya perlu menghormati keputusan Presiden MCA dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), saya tidak boleh mendahului mereka untuk memberi komen, kita tunggu sahajalah keputusan dan pengumuman nanti.

"Bagaimanapun, sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan dan wakil rakyat yang dipilih, saya sudah mula menjalankan tugas dan akan melakukan yang terbaik untuk rakyat DUN Kelebang serta Melaka," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.



Ban Hong disebut-sebut sebagai antara ADUN dari MCA yang akan dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.

Mengulas tentang kejayaan MCA memperoleh dua kerusi pada PRN Melaka, Lim berkata ia adalah kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat bukan sahaja kepada MCA, bahkan keseluruhan parti komponen dalam BN.

Beliau berkata, MCA adalah sebahagian keluarga besar BN dan wakil rakyat MCA yang diberi mandat akan bersama membantu barisan kepemimpinan baharu untuk mentadbir serta mengurus kerajaan Negeri Melaka menerusi semangat kebersamaan antara parti komponen dalam BN.

"Saya yakin mandat dan kepercayaan ini akan digunakan untuk kami melaksanakan amanah yang diberikan termasuk menunaikan manifesto yang dijanjikan terutama membantu Melaka dari segi pemulihan ekonomi selepas pandemik," katanya.

Sabtu lalu, Ban Hong menang dengan majoriti 876 undi selepas menewaskan Bakri Jamaluddin (Perikatan Nasional) dan Datuk Gue Teck (Pakatan Harapan).– BERNAMA
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register