BTC USD 37,202.0 Gold USD 1,798.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'BN yang menang, apa perlu ADUN PN dalam kerajaan Melaka'

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
DATUK_SERI_MOHAMAD_HASAN_1637634659.jpg


SEREMBAN, 22 Nov -- Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di d'Tempat Country Club hari ini.

SEREMBAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan tiada keperluan untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka.

Beliau berkata, BN tidak berada dalam kedudukan yang memerlukan parti itu untuk membawa masuk dua ADUN berkenaan sebagai ahli EXCO dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.
"Saya berpandangan, tiada keperluan mereka (ADUN PN) berada dalam barisan EXCO Melaka.

"Kalau bertanding tidak bersama, takkan bila menang mahu 'makan bersama'? Saya mahu tanya apa keperluannya, bila kita buat sesuatu mesti ada keperluan.

"Jika kita tidak cukup kerusi betul la, tetapi kita sudah berlebihan kerusi, dalam kalangan kita juga sudah berlebih untuk dilantik sebagai EXCO. Jika dibawa kepada kepemimpinan parti saya akan tanya apa keperluannya kerana saya salah seorang pemimpin tertinggi parti, jika saya puas hati dengan jawapannya, itu okay," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Seri Sendayan, malam tadi.

Dalam laporan media sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dilaporkan berkata, kedudukan dua ADUN PN dalam barisan EXCO belum diputuskan.
Sulaiman berkata, perkara berkenaan perlu melalui perbincangan bersama pucuk kepemimpinan BN dengan mengambil kira senario parti itu yang bertanding secara solo dalam PRN Melaka.
Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah Pilihan Raya BN, berkata bukan menjadi satu kejanggalan sekiranya persefahaman dan kerjasama antara parti berlaku di peringkat Persekutuan namun tidak pula di peringkat negeri.

"Terdapat di beberapa negara lain, di peringkat Kerajaan Persekutuan, mereka bersama tetapi di negeri mereka tidak bersama. Itu bukan satu kejanggalan dan bukan baharu tetapi di Malaysia ia kali pertama.

"Jadi..kalau tidak ada apa-apa buat apa mahu pening-pening kepala, kalau kerajaan Melaka membentangkan, saya akan tanya, kalau mereka boleh nyatakan dan memaklumkan ada keperluan itu (lantik EXCO) kita setuju.

"Kita juga tidak mahu buat ia sukar untuk mana-mana pihak, tetapi justifikasinya mesti ada," katanya.

 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,686
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,686
Reaction score
4,118
Points
261
Awards
1
yeahhhhhh sombongnya sudah mari...
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,456
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,456
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
Kalau yang ada " tu memang sebijik Tok Mat yang cakap....memang sombong la tue.

Biarkan.
 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
dkt msia ni kan

news reporter ramai yg jadi tukang fitnah berlesen

asal paper laku keras

org kita pun ramai jenis baca tajuk je hehe..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,686
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,686
Reaction score
4,118
Points
261
Awards
1
dkt msia ni kan

news reporter ramai yg jadi tukang fitnah berlesen

asal paper laku keras

org kita pun ramai jenis baca tajuk je hehe..
termasuklah kaki provoked bro....kat parlimen...media sosial..forum.....rasa power...tapi Badut je sebenarnya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
apakata TSMY dlm hal ni

TSMY pun lawan BN kan, dan PAS pun ada lawan BN gak masa PRN



ada sebut kat headline
PN bakal jadi pencabar utama BN: Muhyiddin


 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
termasuklah kaki provoked bro....kat parlimen...media sosial..forum.....rasa power...tapi Badut je sebenarnya
aku sampai satu tahap.. kalau tengok youtube

kalau ada nama ke muka jelutong je

aku mmg tak tengok lah.. dah tau mmg dia akan jerit2 dok kacau floor orang

tp sekurangnya dia gaji berbayar lah masuk parliment tu, berbaloi dia kena kutuk dgn netizen tu

tp kdg2 ada netizen ni je dok siang malam berkempen, siang malam muka dia.. bertahun plak tu
ntah lah.. tak tau lah kalau dia ketua cabang ke setiasuaha bahagian memana ke dok menyamar dlm tu haha :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register